seismik

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Ngeri 'Diratah' Bergilir-Gilir Oleh Ahli Keluarga Sendiri

Kisah ini perlu dijadikan sebagai pengajaran buat semua.

Cover image via Baitus Solehah / Facebook

Kes rogol gadis bawah umur kini kian meningkat dan berleluasa di negara Malaysia. Namun, paling menyedihkan jika perogol tersebut merupakan ahli keluarga sendiri.

Baru-baru ini telah viral di media sosial tentang seorang pelajar yang dikatakan telah dirogol oleh dua orang lelaki yang merupakan pakcik dan sepupunya sendiri. Gadis ini telah dirogol secara bergilir-gilir oleh mereka tanpa belas kasihan.

Perkongsian ini telah dikeluarkan oleh satu page iaitu Baitus Solehah yang bertujuan untuk memberikan ikhtibar kepada masyarakat di luar sana.

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Saya dirogol bergilir-gilir setiap kali pulang ke kampung."

Daftar masuk seorang pelatih muda bawah umur. Hari ni, ketika saya membaca laporan polis yang disertakan, tanpa sedar saya menangis. Sebak rasanya bila pelatih ini menceritakan kepada pegawai penyiasat.

Dia dirogol oleh adik kandung emak dan sepupunya bergilir gilir ketika emak membawanya pulang ke kampung melihat atok sakit. Bukan sekali tetapi berkali kali setiap kali ikut emak pulang melihat atok sakit.

Dia tidak mampu bercerita. Dia diugut. Sebenarnya dia trauma setiap kali mendengar emak mahu pulang ke kampung menjenguk atok. Di kampung emak pasti sibuk merawat atok untuk bergilir dengan nenek seketika. Emak cuma dapat meluangkan masa hujung minggu. Hari hari lain neneklah yang menguruskan atok. Jadi dia tidak ada pilihan. Mesti ikut juga walaupun takut.

Ibunya ternampak kesan garisan hitam di perutnya yang membukit dan merasakan ada janin yang aktif. Gadis ini disahkan mengandung selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta.

Berbulan bulan dia menghadapi trauma ini sejak kali pertama dirogol. Sehari sebelum PRU 14, ketika sedang tidur, emak mendapati dia tidur sebelah emak dan baju yang dipakainya terselak perut. Emak memerhati perut yang membukit dengan rasa berdebar debar. Emak nampak line hitam dari pusat ke bawah jelas warnanya. Bila emak letak tangan atas perut dia, emak terasa gerakan janin yang aktif. Emak terkejut dan panik. Emak cuba bertenang tanpa mengejutkan dia tidur.

Esoknya, emak ajak keluar. Mula tanya baik baik dia menafikan. Emak bawa ke klinik swasta dan doktor membuat imbasan bunyi. Jelas kelihatan jantina janin. Selesai urusan, di Klinik, emak sudah hanpir pengsan kerana terkejut. Berhari hari emak menangis sebelum membuat keputusan menghantar ke Baitus Solehah supaya anak mendapat sokongan melalui waktu waktu peralihan dari remaja menjadi ibu.

Emak dan anak tidak pernah berpisah selama ini. Perpisahan pertama kali ini memang berat. Berat kepada si anak dan kepada si emak. Emak tidak berhenti menyalahkan diri sendiri kerana terasa pincang dalam pendidikan hari ini.

Emak juga dalam dilema, antara anak dan adik kandung untuk dilaporkan kepada pihak berwajib. Mana lagi menjaga hati orang tua yang disayangi sedang uzur. Sudah pasti khabar yang didengar akan memburukkan lagi kesihatan. Namun tekad, kalau bukan aku yang membela nasib anak aku, siapa lagi yang boleh diharap. Anakku cuma ada aku emaknya dan suamiku bapanya. Anakku mesti dibela. Tidak sekali kali membiarkan adik ku terus meratah anakku seenaknya. Tidak mungkin juga aku mampu tidak pulang menjenguk emak ayah yang uzur.

"Kita berhati-hati di jalan raya, namun ada kereta lain yang melanggar kita," kata ibunya kerana masih tidak menyangka bahawa adik sendiri tergamak berbuat sedemikian kepada anak saudara.

Nekad emak membawa anak ke Baitus Solehah setelah laporan polis dibuat. Emak sudah bersedia untuk menghadapinya. Kelukaan terhadap adiknya sangat dalam kerana tergamak menganiya anak saudara sendiri.

Saya tulis cerita untuk menjadi iktibar dan peringatan emak bapa di luar sana. Berhati hati apabila dikampung walaupun bukan waktu perayaan. Saudara mara berkumpul, sepupu anak anak berkumpul kerana ikut emak masing masing melawat atok. Jangan izinkan anak jauh dari pandangan mata. Tidak ada siapa yang boleh dipercayai.

Kenapa baru sekarang emak baru tahu? Hati emak walaupun merasa kelainan bentuk tubuh anak tetap bersangka baik sehingga disahkan anak mengandung. Emak tahu bagaimana dia menjaga anak ini. Sebab itu emak tidak mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi pada anaknya.

Ibarat kita berada di jalan raya, kita berhati - hati supaya tidak mendapat kemalangan. Namun ada orang / kenderaan lain yang melanggar kita. Peringatan untuk semua, berhati hati walaupun berasa kehidupan bebas. Jika tidak mahu ada saudara terluka, tutuplah aurat rapat rapat disebalik akhlak dan iman.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Selama ini ibunya tidak pernah mengetahui bahawa anaknya itu mengandung kerana dia sering mengadu sakit perut akibat gastrik

Ayat yang membuat saya hiba, apabila dipaksa, "Mereka bergilir gilir merogol saya setiap kali pulang ke kampung. Saya tidak ada upaya nak melawan. Mereka ugut jika tidak memenuhi kehendak mereka atau memberitahu orang lain. Saya tak berani melawan."

Selama ini anak itu tidak tahu dirinya mengandung. Sangkanya gastrik. Anak pernah mengadu pada emak "Perut kakak ni keraslah mama, bergerak gerak macam ada angin." Emak tidak berapa ambik endah. Emak juga perasan kenapa tidak datang haid. Keresahan emak sekadar dalam hati tanpa sebarang tindakan. Lalu, mengakibatkan musibah besar yang terjadi. Tidak mengapa terasa buruk sangka terhadap anak sendiri, peluang untuk mohon maaf sentiasa terbuka.

Ibu bapa, mohon jaga anak masing masing. Kerap bertanya apa aktiviti mereka selama berada di Kampung. Biarlah menyesal dahulu.

Jangan sampai anak yang ditatang bagaikan puteri, dihembus lalang rebah ke bumi oleh darah daging.

Oleh itu, untuk ibu bapa di luar sana, anda seharusnya mengambil berat tentang keadaan kesihatan anak anda. Jadikan perkongsian ini sebagai iktibar untuk semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Enam kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim di Ampang Jaya dipercayai telah menjadi mangsa rogol lelaki berusia 55 tahun:

Calon Presiden Korea Selatan itu dikatakan telah meletak jawatan selepas menerima tuduhan memperkosa setiausahanya:

Mangsa juga dikatakan telah mengalami trauma dan hampir bunuh diri akibat kejadian tragis yang menimpa dirinya:

You may be interested in: