seismik

6 Anak Yatim Perempuan Jadi Mangsa Cabul Dan Rogol Penjaga 55 Tahun Di Ampang Jaya

Dia didakwa berulang kali mencabul dan merogol kanak-kanak berumur 12 tahun.

Cover image via Morocco World News

Enam kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim di Ampang Jaya dipercayai telah menjadi mangsa kepada lelaki berusia 55 tahun yang diamanahkan untuk memastikan kebajikan mereka

Memetik laporan The Sun Daily, setahun selepas pusat itu mula beroperasi, suspek pedophile itu didakwa mencabul dan mengambil gambar bogel gadis-gadis, berumur antara 10 dan 12.

Suspek yang dikatakan yang bekerja sebagai penjaga, telah mengambil gambar kanak-kanak itu dalam keadaan telanjang ketika mereka mandi dan menukar pakaian mereka.

Perbuatan terkutuk itu berakhir apabila seorang mangsa mengadu pada ibunya dan kemudiannya membuat laporan polis

Difahamkan seorang lagi penjaga, seorang wanita berusia 20-an menyedari perbuatan terkutuk suspek itu terhadap anak-anak tetapi memilih untuk tidak melaporkannya.

Kira-kira dua minggu yang lalu, laporan polis telah dibuat ke atas suspek kerana melakukan serangan seksual terhadap dua gadis berusia 12 tahun - seorang di rumah tersebut dan satu lagi kes di Jinjang, Kuala Lumpur.

Lelaki itu bersembunyi selepas polis Kuala Lumpur dan Selangor melancarkan pencarian. Suspek akhirnya ditahan di Klang pada 4 Januari lepas.

Selepas polis Kuala Lumpur selesai menyiasat kes di Jinjang, suspek diserahkan kepada polis Selangor untuk disiasat atas kes rogol di rumah anak yatim itu.

"Beliau akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak. Kami menjangkakan untuk menahannya di mahkamah tidak lama selepas polis Selangor menyelesaikan siasatannya," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata suspek akan berada di bawah perintah reman selama tujuh hari

“Polis Selangor telah mengenal pasti dua mangsa setakat ini - seorang dirogol dan seorang lagi dicabul dan dijadikan bahan rangsangan seks ketika dia sedang mandi. Kami sedang mengumpul bukti mengenai kes-kes dan memeriksa sama ada terdapat lebih banyak kanak-kanak yang menjadi mangsa oleh suspek," ujar beliau.

Fadzil berkata polis juga mengambil kenyataan daripada penjaga wanita itu.

Beliau berkata anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (Seksual/Penderaan Kanak-Kanak/Keganasan Rumah Tangga) juga akan menemuramah penduduk-penduduk lain di rumah untuk menentukan tahap jenayah suspek.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Semakin berleluasa kes rogol & cabul sekarang ni.

Baca lagi cerita viral dan menarik hanya di SEISMIK:

You may be interested in: