seismik

Diculik & Dicampak Dalam Semak - Bagaimana Bayi 17 Bulan Yang Hilang Ditemui Dalam 12 Jam

Nur Aisyah Hasmizan telah hilang pada jam 5 pagi sekitar waktu sahur.

Cover image via Facebook | Berita Harian

Pada pagi 7 Jun, seorang bayi berusia 17 bulan telah hilang dipercayai diculik setelah rumah ibunya dipecah masuk oleh orang yang tidak dikenali di Muar

Ibu mangsa, Noorfadila Yusofe, 30, menyedari bahawa anaknya, Nur Aisyah Hasmizan telah hilang pada jam 5 pagi sekitar waktu sahur.

"Sebelum kejadian, saya ada bersama dengan Nur Aisyah di dalam bilik kerana menonton televisyen dan apa yang saya ingat, saya menutup televisyen kira-kira jam 3 pagi sebelum saya tidur bersama Nur Aisyah, ketika itu tiga lagi anak, suami dan ibu saya juga sudah tidur.

"Kemudian, kira-kira jam 5 pagi, ibu saya bangun bersahur dan menyedari pintu bahagian belakang terbuka tetapi tidak mengesyaki apa-apa. Ketika itu, saya belum menyedari Nur Aisyah tiada di tempat tidurnya kerana menyiapkan makanan untuk anak sulung bersahur.

"Hanya ketika masuk semula ke dalam bilik, baru saya sedar Nur Aisyah tiada di tempatnya. Kami cuba mencarinya di sekitar rumah kerana dia sudah boleh berjalan tetapi gagal menemuinya," kata Noorfadila kepada Berita Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap.

Ibu mangsa, Noorfadila Yusofe.

Image via Berita Harian

Noorfadila segera menghebahkan berita kehilangan anaknya di Facebook dengan harapan post tersebut akan tersebar luas dan mendapat perhatian

Ya allah ya tuhan ku Tolong panjangkan post ni sampai aisya jumpa Bangun sahur pintu dapur terbuka Aisyah kat sebelah...

Posted by Diela Yusofe on Wednesday, June 6, 2018

Setelah mencari Aisyah di dalam dan di sekitar kawasan rumah selama 30 minit, keluarga itu membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Pasir

"Tolonglah pulangkan anak saya, saya sayang anak saya. Saya tak tahu ada orang berdendam kepada saya. Nur Aisyah anak yang baik, saya risau anak saya sudah makan atau tidak," tulis Noorfadila di Facebook.

Dalam masa sejam, beberapa anggota polis mula melakukan siasatan di sekitar kawasan rumah mangsa dan unit K-9 turut terlibat dalam pencarian

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan pihaknya melakukan siasatan secara menyeluruh.

Orang ramai termasuk saudara dan kenalan mula hadir ke kediaman mangsa untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa.

Selepas hampir 12 jam, pihak polis akhirnya berjaya menyelamatkan Nur Aisyah yang ditemui di kawasan semak samun tidak jauh dari lokasi dia diculik

Nur Aisyah dijumpai di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di sekitar Muar, kira-kira jam 4 petang semalam.

Dilaporkan bahawa Nur Aisyah dijumpai dengan puluhan gigitan serangga di seluruh tubuh badannya

Nur Aisyah segera dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk pemeriksaan lanjut.

Mangsa memerlukan pemeriksaan daripada doktor berikutan terdapat kesan gigitan serangga.

Walaupun begitu, keadaan Nur Aisyah dilaporkan stabil

Nur Aisyah selamat didakapan ibunya.

Image via Berita Harian

Ahli keluarga turut hadir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Image via Berita Harian

Noorfadila menerusi FB merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan kepada semua yang terlibat dalam membantu menyebarkan maklumat berkenaan anaknya

Assalamualaikum Kepada semua warga malaysia terima kasih atas doa kalian.terima kasih sangat2 untuk skuad #PDRM dari...

Posted by Diela Yusofe on Thursday, June 7, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini pun terdapat satu kes kanak-kanak hampir diculik di tadika kerana pintu terbuka:

Lagi kes jenayah di SEISMIK!

You may be interested in: