AKMAL Bakal Tubuhkan Kolej Pengajian Al-Quran & Tawar Program Diploma Menjelang Tahun 2025
Untuk rekod, pelajar di Akademi Al Quran Amalillah menggunakan kaedah ‘fast track‘ bagi hafazan 30 juzuk Al Quran dalam tempoh setahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL) terus mengorak langkah dengan sasaran melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah menjelang 2025 menerusi kaedah hafalan Al Quran secara sistematik (fast-track) yang diperkenalkan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Mohd Saifullah Hussin, Akademi Al Quran Amalillah mengambil pelajar seawal usia 10 tahun menggunakan kaedah ‘fast track‘ bagi hafazan 30 juzuk Al Quran dengan sasaran hafiz dalam tempoh setahun.
Modul ini dicipta bagi menyelesaikan masalah anak-anak yang mengambil masa terlalu lama menghafaz Al Quran disamping membantu ibu bapa yang mempunyai perancangan melanjutkan pengajian anak-anak ke peringkat lebih tinggi.
“Dengan mengaplikasikan strategi program Speed Tahfiz, Modul AKMAL menyajikan pendekatan yang unik dengan mengintegrasikan sistem hafalan, dorongan motivasi harian, kajian pelajar yang berfokus, dan pengurusan psikologi.
“Impian AKMAL, ingin melihat, para pelajar menjadi hafiz 30 juzuk Al Quran di usia muda sebelum mereka melangkah ke peringkat menengah,” katanya.
Tambahnya lagi, pendaftaran pelajar baharu dibuat secara berfasa iaitu enam bulan sekali.
“AKMAL berharap dapat melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bukan sahaja menghafal Al Quran tetapi berjaya Syahadah dimana memiliki kemahiran teknik hafazan berstrategi dalam masa setahun atau kurang.
“Bukan itu sahaja, kami juga ingin melihat lebih ramai golongan intelektual mahir dan menghafal Al Quran dapat dilahirkan pada masa akan datang.
“Kita juga mahu menjadi peneraju konsep fast track hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berketrampilan. Kita turut mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.
“Kita mengharapkan agar usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan sudah pasti dengan bantuan semua, cita-cita ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi,” kongsinya lagi.
AKMAL bakal dinaik taraf akademi pengajiannya dengan menubuhkan kolej pengajian Al Quran
Jelas Mohd Saifullah, AKMAL bakal menaik taraf akademi pengajiannya dengan menubuhkan kolej pengajian Al Quran yang menawarkan pengajian peringkat diploma pada tahun 2025.
Sebagai rekod, Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 5.0 kali ini menyaksikan seramai 86 pelajar berjaya Hafiz dan Hafizah 30 juzuk Al-Quran manakala 19 orang pelajar berjaya Syahadah Al Quran.
“Kita turut bangga salah seorang pelajar yang diraikan pada hari ini iaitu Muhammad Iman anakanda kepada personaliti TV, Aidid Marcello dan isterinya yang juga bekas penyampai berita, Norzie Pak Wan Chek,” tambahnya lagi selepas majlis perasmian majlis graduasi itu di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Majlis yang dihadiri 2,000 tetamu itu turut dirasmikan oleh Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang dan diserikan dengan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.
Abdul Hadi Awang dalam sidang media berkata Al Quran merupakan panduan terbaik dalam kehidupan yang wajib dipupuk sejak kecil.
“Pelajar yang menghafal Al-Quran didapati lebih mudah untuk memahami ilmu lain tidak kira dalam mana-mana lapangan. Atas dasar tersebut, kita mesti terus beramal dengan Al-Quran. Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang Allah berikan kepadanya, Allah tambahkan lagi ilmunya.
“Menjadi kewajipan untuk mendalami ilmu selepas daripada kejayaan untuk menghafal Al-Quran dan disambung pengajian ilmu itu dalam pelbagai bidang,” katanya.
Untuk rekod, AKMAL yang berpusat di Marang, Terengganu dan telah beroperasi sejak lima tahun lalu memiliki lima cawangan antaranya di Bukit Beruntung, Sepang dan Shah Alam, Selangor serta di Batu Pahat, Johor.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!