Aksi Pelancong China Biar Anak ‘Melepas’ Dalam Tong Sampah Di KLIA Dikecam Ramai

Tandas punyalah dekat, adoi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @oklatuu700 (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelancong asing menjadi bualan hangat di media sosial selepas tindakannya membiarkan anaknya membuang air di dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dirakam dan dikongsikan secara meluas

Insiden itu mengundang rasa marah ramai yang menyifatkannya sebagai tidak beradab dan tidak menghormati kebersihan tempat awam.

Menerusi perkongsian video di laman Threads, kanak-kanak tersebut dilihat mencangkung di atas sebuah tong sampah sambil ibu bapanya hanya memerhati tanpa membawa anak ke tandas, walaupun kemudahan itu dikatakan berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

SAYS.com
Image via Threads



Lebih mengecewakan, individu yang memuat naik video itu mendakwa lelaki berkenaan hanya berjalan ke tandas untuk mencuci tangan selepas anaknya selesai membuang air, meninggalkan sisa najis di dalam tong sampah yang digunakan orang ramai

Perkongsian tersebut terus dibanjiri komen netizen yang meluahkan rasa geram dan simpati terhadap pekerja pembersihan yang terpaksa menguruskan keadaan itu.

Ramai berpendapat tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej kawasan awam, malah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keselesaan pengguna lain. Ada juga yang mencadangkan supaya individu terbabit dikenakan tindakan atau khidmat masyarakat sebagai pengajaran.

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Lihat posting di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: