Aktiviti Bagi Makan Buaya Di Sungai Kuching Tak Wujud, Ia Hanyalah AI & Ramai Terpedaya
Tengok gambar pun dah tahu AI, hmm.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini di laman Facebook beberapa gambar pengunjung memberi makan kepada buaya di Sungai Kuching, Sarawak
Menerusi perkongsian posting di group Facebook Prompters Malaya, kelihatan gambar pengunjung di Sungai Kuching itu telah disunting oleh pengguna bernama Kai Caster.
Jika dilihat sekali lalu, mungkin ramai yang ingat gambar-gambar tersebut memang benar wujud terutamanya golongan berumur 40-an hingga 60-an.
Tetapi, ia sebenarnya hanyalah suntingan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan group Facebook itu memang dicipta khas untuk para pengguna berkongsi gambar-gambar yang mereka sunting.
Gambar pengunjung memberi makan kepada buaya itu hanyalah disunting sempena International Crocodile Regatta 2025.
Minta warga emas jangan mudah terpedaya dan mengecam tanpa sebab
"Wild Crocodile Feeding by Kuching Croc. Tarikan baru Pelancongan di Kuching sempena International Crocodile Regatta 2025.
"Rata-rata yang komen x tahu gambar AI .Ini group AI, gambar yang dipost semua gambar AI, harap maklum semua terutama warga emas, jaga cucu lagi baik dari main Facebook komen memaki-maki," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!