seismik

7 Aktiviti Outdoor Paling 'Best' Dilakukan Dengan Kawan-Kawan

Apa gunanya ada kawan tapi tak berjalan?

Cover image via TSG #KasiJadi

1. Berbasikal di Putrajaya

Zaman sekarang ni kalau nak berbasikal tak payah beli basikal pun tak apa. Pergi saja ke mana-mana taman yang ada perkhidmatan berbasikal, sewa, dan terus boleh bersuka ria sambil hirup udara segar beramai-ramai. Salah satu tempat yang best untuk aktiviti ini adalah di Putrajaya.

Image via kakijalans.com

Kenapa Putrajaya? Sebab di sini ada banyak taman yang anda boleh kunjungi seperti Taman Saujana Hijau, Taman Wetland, dan Putrajaya Challenge Park. Kalau diikutkan, berbasikal di sekeliling kawasan Putrajaya pun sudah cukup memuaskan. Sambil berbasikal boleh layan pemandangan bandar Putrajaya yang mengagumkan.

Image via www.expatgo.com

Tips kebersihan: Pastikan handle basikal dibersihkan terlebih dahulu dengan Sanitizer Tangan Semburan Anti-Bakteria bagi membasmi kuman. Boleh juga pakai sarung tangan untuk mengelakkan jangkitan.

2. Lompat atas trampoline di Jump Street Trampoline Park di Petaling Jaya dan di Johor Bahru

Lompat di Jump Tower.

Image via www.jumpstreetasia.com

Kalau anda nak tahu, pusat trampoline yang popular di PJ ini dah buka cawangan terbaru di Austin Heights, Johor Bahru. Dengar tu orang-orang Johor sekalian!

Aktiviti dodgeball.

Image via www.jumpstreetasia.com

Di sini, anda bukan sekadar boleh lompat-lompat. Tapi sebenarnya ada banyak aktiviti dan cabaran yang anda boleh alami sendiri seperti bermain dodgeball dan juga slam dunk di atas trampoline dengan kawan-kawan. Memang seronok! Bagi yang pro pula, tentunya High Performance menjadi medan untuk mempamerkan bakat.

Image via SAYS

3. Daki bukit atau gunung

Bukit Broga.

Image via instagram @nickynrahman

Aktiviti hiking semakin lama semakin trending di laman sosial dengan pelbagai perkongsian tentang lokasi dan pemandangan memukau. Tak hairanlah jika semua orang pun nak pergi hiking sekarang ni, semata-mata untuk nikmati sendiri panorama indah alam dengan mata kasar.

Mossy Forest of Gunung Irau.

Image via SAYS

Bagi yang baru berjinak-jinak, boleh cuba daki bukit-bukit kecil dahulu. Antara yang popular adalah Bukit Tabur dan Bukit Broga bagi sesiapa yang tinggal di Lembah Klang. Nak lebih mencabar sikit, boleh bawa diri ke Cameron Highlands untuk "masuk" ke alam fantasi The Hobbit di Gunung Irau. Hutan berlumut atau mossy forest di sini memang sangat terkenal dikalangan para pendaki.

Osmena Peak di Cebu, Filipina.

Image via Instagram @faridmumazaini

Tips kebersihan: Setelah selesai aktiviti, pastikan segala perkakas hiking dicuci dengan rapi, termasuk cermin mata agar kuman dapat dihapuskan.

4. Camping di Berkelah Waterfall, Pahang

Bangun pagi dengan view air terjun memang terbaik.

Image via Instagram @arhamf

Camping merupakan antara aktiviti terbaik yang anda boleh lakukan dengan kawan-kawan. Sebab bila kita camping, kita juga perlu bekerjasama menyediakan makanan untuk mengalas perut. Waktu itulah kita akan pasang khemah sama-sama, masak sama-sama, tidur sama-sama, buat unggun api sama-sama, dan macam-macam lagi. Camping memang seronok!

Boleh juga buat photoshoot ala-ala hindustan.

Image via Instagram @faridmumazaini

Salah satu destinasi menarik yang anda boleh cuba ialah di Berkelah Waterfall yang terletak di Maran, Pahang. Hanya 3 jam dari KL, air terjun di sini sememangnya world class dengan kolam tujuh tingkat dan air sungai yang sangat dalam, sesuai untuk aktiviti terjun tebing atau cliff jumping.

A video posted by Hafiz Azalan (@hafizazalan) on

Tips kebersihan: Mana-mana khemah yang digunakan haruslah dicuci semula sehingga bersih. Jarang sekali tengok orang basuh khemah, tetapi demi kebersihan, ia tetap perlu dilakukan.

5. Tunggang ATV di Kemensah, Ulu Kelang

Minat aktiviti lasak? Jadi ATV lah pilihan yang paling tepat! Dalam kesesakan hutan konkrit di sekitar kawasan Ulu Kelang, siapa sangka terdapat aktiviti ATV di situ. Hanya perlu pandu sedikit ke dalam kawasan hutan di belakang Zoo Negara dan anda akan jumpa tempat ini.

Image via foodnframe.com

Dan yang paling menarik, peserta boleh cool off di Air Terjun Kemensah setelah selesai melakukan aktiviti. Kiranya, sesiapa yang join ATV di sini seakan-akan mendapat pakej dua dalam satu iaitu ATV dan waterfall. Sebab itulah ATV di Kemensah ini sentiasa penuh setiap minggu. Bagi sesiapa yang nak pergi, kena book dulu awal-awal ya.

Image via SAYS

6. White water rafting

Sungai Padas, Beaufort.

Image via TSG #KasiJadi

Nak yang lebih ekstrem? Apa kata cuba aktiviti white water rafting dan cabar diri anda berakit di sungai yang deras. Kalau nak lagi best, pastikan bot yang anda naik tu terbalik. Kalau tak terbalik serius rugi!

Kuala Kubu Bharu.

Image via www.uluslimadventurecentre.com

Aktiviti ini memang mencabar dan memenatkan. Anda perlukan tenaga yang banyak untuk mendayung melalui arus deras dan pada masa yang sama cuba untuk mengelakkan bot daripada karam. Ada beberapa tempat popular untuk aktiviti ini iaitu di Kuala Kubu Bharu, Selangor, di Gopeng, Perak, dan di Sedim, Kedah. Tapi yang paling buas tentunya Sungai Padas di Beaufort, Sabah.

Sedim, Kedah.

Image via sungaisedim.blogspot.com

Tips kebersihan: Kalau tak mahu bau dari topi keledar melekat di rambut, anda disyorkan untuk memakai kain lilitan. Kain yang dipakai di kepala juga dapat memberi keselesaan semasa memakai topi keledar.

7. Caving di Gua Batu Maloi

Mungkin nama Gua Tempurung di Perak sudah cukup sinonim dengan penggemar aktiviti caving di Malaysia. Tapi apa kata anda pergi ke arah selatan di Negeri Sembilan untuk rasai pengalaman caving di Gua Batu Maloi yang terletak di Rembau.

Image via TSG #KasiJadi

Tak pernah dengar? Bermakna inilah masanya untuk anda explore sendiri. Gua Batu Maloi boleh memuatkan sehingga 160 peserta dalam satu masa. Bersedialah untuk meniarap, merangkak, melawan arus air terjun, menyelit di celahan batu sempit, bergelap bersama kelawar, dan macam-macam lagi. Siapa yang pergi mesti tak menyesal.

Tips kebersihan: Pastikan anda mandi menggunakan sabun anti-bakteria sejurus selesai aktiviti bagi mengelakkan jangkitan kuman. Jangan lupa juga bawa Tisu Pelembap Anti-Bakteria untuk digunakan sebagai alternatif ketika ketiadaan air.

Aktiviti-aktiviti ini akan jadi lebih lengkap dengan perlindungan 24 jam yang sempurna dari sebarang kuman. Ingat, kebersihan itu sangat penting.

Jangan hanya tahu beraktiviti tetapi terus lupa bab menjaga kebersihan, terutamanya kebersihan diri sendiri.

Antabax dengan 'Derma Protect System' menyediakan perlindungan anti-bakteria 24 jam dan membunuh 99.9% kuman berbahaya. Produk Antabax juga telah diuji secara dermatologi, mengandungi 'Micro Moisture Serum' dan vitamin kulit untuk menjadikan kulit anda lebih lembut, licin dan sihat sepanjang hari.

Dan lebih menarik, Antabax merupakan produk Perlindungan Anti-Bakteria pertama di Malaysia yang telah disahkan Halal oleh JAKIM

Antabax merupakan produk Perlindungan Anti-Bakteria pertama di Malaysia yang telah disahkan Halal oleh JAKIM untuk perlindungan tanpa was-was.

Kini, tiada lagi masalah untuk anda menjadi lebih lasak dan meluangkan masa lebih banyak di luar rumah dengan perlindungan sempurna sebegini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Antabax.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak baca pengalaman travel yang best? BACA SINI: