seismik

"Aku Ada 21 Saat Lagi Sebelum Pergi" Status Facebook Terakhir Seorang Penghidap Kanser

Ia akan buatkan anda lebih menghargai kehidupan.

Cover image via SAYS.com

Perkenalkan, ini Seema Jaya Sharma. Dia telah meninggal dunia Jumaat lalu selepas enam tahun bertarung dengan kanser.

Seema Jaya Sharma.

Image via kualalumpurpost.net

Sebelum meninggal dunia, Seema telah menulis satu status Facebook dengan bantuan anaknya yang bermula begini...

"Ibu saya telah meninggal dunia hari ini pada pukul 2.10 petang. Dan ini apa yang dia tulis untuk status terakhirnya...dia mahukan kata-kata terakhirnya berbunyi 'Aku ada 21 saat lagi sebelum pergi'..."

Tulis Seema lagi, "Anak lelaki saya akan mengumumkan bilakah pengebumian saya akan diadakan dan sebagainya."

Seema merupakan seorang wanita yang ceria dan disenangi rakan-rakan semasa hayatnya.

Image via Facebook Seema Jaya Sharma

"Datanglah dengan baju berwarna-warni sebab kehadiran kamu bukanlah untuk menangisi pemergianku, tetapi untuk meraikan kehidupanku."

"Tolong terus hidupkan aku dalam masa bahagiamu dan setiap kali engkau ketawa atau senyum dan bergembira, aku di sini turut bergembira bersamamu. Yay!"

“Don’t cry for me Argentina…. the truth is that I didn’t even know where u are on the map!! Geography was never my strong point!!

"Apapun inilah caraku mengucapkan selamat tinggal semua"

Peace out, kata Seema dalam status terakhirnya seolah-olah serius mahu rakan dan taulan tidak bersedih malahan bergembira kerana dia pernah hadir dalam hidup mereka.

Status asal Seema Jaya Sharma dalam bahasa Inggeris

Image via kualalumpurpost.net

Menurut Ilford Recorder, Seema pernah tiga kali disahkan bebas kanser, malahan beliau turut menjadi wakil rasmi bagi kempen kajian kanser pada tahun 2013

Namun Tuhan lebih mengetahui segala-galanya. Seema Jaya Sharma dikebumikan di South Chapel, Manor Park, London pada 28 Ogos. Takziah kami ucapkan pada keluarga Seema Jaya Sharma.

Kanser antara penyumbang kematian terbesar di dunia. Pada tahun 2013, sebanyak 43,596 orang mati disebabkan kanser di Malaysia.

Hargai kehidupan selagi anda diberi peluang. Jauhkan lagi perjalanan dan luaskan lagi pemandangan anda seperti mereka:

You may be interested in: