seismik

Aku Rogol Kau Sini Karang! - Bengang Peniaga Baru Jual Benda Sama, Lelaki Ini Jadi Berang

"Korang berniaga air! Aku berniaga air!"

Cover image via SAYS

"Aku rogol kau sini karang!" - Itu adalah ungkapan yang dilemparkan seorang peniaga lelaki terhadap seorang peniaga wanita yang berniaga di kawasan yang sama dalam satu video viral, semalam

Video yang dimuatnaik oleh page bernama Sosej Sambal itu memaparkan dua orang peniaga Melayu mengamuk dan marah dengan kehadiran peniaga baru yang berniaga di tempat yang sama.

Melalui video tersebut, dua peniaga yang berpakaian baju bunga-bunga itu berasa bengang kerana peniaga baru tersebut juga menjual air minuman sama seperti mereka.

Menurut page tersebut, dilaporkan kejadian berlaku di Sri Damansara, Petaling jaya, Selangor.

Bermacam-macam kata-kata kesat dilemparkan peniaga lelaki tersebut. Namun, peniaga wanita itu mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa menghiraukannya.

Akibat bengang dengan sikap peniaga wanita tersebut, peniaga lelaki itu mempertikaikan pemakaian tudung peniaga wanita tersebut kerana beranggapan peniaga wanita itu tiada adab 'datang' ke tempat baru.

Bagaimanapun, sebelum rakaman itu ditamatkan, kedengaran suara seorang lelaki meminta tukang rakam untuk memadam rakaman tersebut.

Rata-rata netizen berasa bengang setelah menonton video tersebut dan menganggap peniaga lelaki itu kurang ajar dan melampaui batas. Malah, ada yang memberi cadangan agar perkara itu dilaporkan kepada pihak polis kerana ancaman rogol telah dibuat oleh peniaga lelaki terbabit.

"Tuhan dah tetap kan rezeki masing-masing"

"Pakai baju bunga-bunga, hati tak ada bunga ke?"

Namun, tidak semua mengecam peniaga lelaki tersebut. Sesetengah netizen berpendapat, sebagai peniaga baru, peniaga wanita tersebut tidak seharusnya menjual benda yang sama.

Tonton rakaman video tersebut di bawah:

Peniaga Bergaduh

Sama-sama Melayu berniaga pon nak dengki ke?

Lokasi : Sri Damansara selepas LDP Highway

Posted by Sosej Sambal on Tuesday, 14 February 2017

Jadi setelah menonton video tersebut, apa pendapat anda? Kongsi bersama kami pada ruang komen di bawah!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi video viral sebelum ini:

Leave a comment