Lelaki Ini Dituduh Culik, Bunuh Dan Jual Organ Kanak-Kanak. Tapi Sebenarnya Ini Yang Jadi
Suspek kini ditempatkan di Hospital Melaka.
Dua hari lalu, satu video yang menyaksikan seorang lelaki berbangsa India dibelasah teruk telah tersebar luas di laman Facebook.
Menurut sumber, lelaki itu dipukul beramai-ramai disebabkan dia telah menculik seorang kanak-kanak untuk dibunuh dengan tujuan menjual organ kanak-kanak tersebut.
Video dan dua keping gambar tersebut disebarkan oleh page bernama Deejay Nesh di Facebook dan sehingga kini menerima lebih 52 ribu shares di Facebook. Ya, ia benar-benar viral!
Bayangkan dalam masa dua hari sahaja video tersebut telah menerima sebanyak lebik 2 juta tontonan.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa marah dan bengang. Ada juga menyarankan supaya lelaki tersebut patut dikerat dan diberi balasan yang secukup-cukupnya.
Setelah beberapa jam post itu dibuat, page tersebut seterusnya membuat update info terbaru mengenai kejadian tersebut
Katanya, kanak-kanak berusia 8 tahun itu diculik oleh suspek yang menaiki motor semasa berjalan kaki ke kedai berdekatan rumahnya. Suspek dikatakan membogelkan kanak-kanak tersebut dan mengambil gambarnya.
Dalam pada ramai yang marah dengan insiden tersebut, tahukah anda info yang dikeluarkan yang mengaitkan insiden tersebut adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Tiada sebarang kes culik yang berlaku.
Perkara itu telah dilaporkan MStar pada hari yang sama post itu dibuat. Dalam laporan itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah memberitahu maklumat yang tersebar luas mengenai video tersebut adalah tidak benar.
Menurutnya, kejadian itu bukan kes penculikan seperti yang didakwa oleh pihak yang menyebarkan video tersebut. Pihak polis juga sedang menyiasat semua aspek termasuk maklumat pihak yang memuatnaik video tersebut.
Difahamkan, lelaki itu didakwa membawa seorang kanak-kanak perempuan ke sebuah kedai berhampiran dan mencabul kanak-kanak tersebut yang dikatakan turut mempunyai pertalian darah dengannya
Budak perempuan itu kemudiannya mengadu kepada ahli keluarganya tentang tindakan suspek yang juga merupakan saudara mereka.
Keluarga kanak-kanak itu kemudiannya bertemu dengan suspek sebelum membelasahnya beramai-ramai.
Menurut Shaikh Abdul Adzis, kes ini melibatkan hal keluarga dan bukannya kes penculikan seperti yang didakwa sebelum ini.
Beliau memberitahu lagi, kes sedang dalam siatasan dan pihak polis mengambil serius insiden tersebut kerana lelaki yang dipukul mengalami kecederaan parah dan kini ditempatkan di Hospital Melaka.
Kami sarankan orang ramai supaya tidak terus-menerus percaya dengan sebarang maklumat yang tersebar di media sosial tanpa bukti yang sahih.
Tonton video dia dibelasah di bawah:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!