seismik

Syed Azmi, Wardina VS Ustaz Kazim: Laporan Penuh Isu Cabul Maahad Tahfiz Darul Barakah

"Pelajar diminta mencium mulut ‘Abi’ atau guru di hadapan semua penghuni asrama, setiap malam sebelum tidur" - Syed Azmi

Cover image via freemalaysiatoday via SAYS

Minggu lalu kita digemparkan dengan kes pendedahan mengenai jenayah cabul yang berlaku di sebuah sekolah Maahad Tahfiz. Isu itu didedahkan oleh dua individu yang dikenali ramai iaitu Wardina Safiyyah dan Syed Azmi.

Syed Azmi (kiri), Wardina Safiyyah (kanan).

Image via SAYS

Wardina dan Syed Azmi mendedahkan kisah cabul tersebut di laman Facebook masing-masing dengan tujuan sebagai wakil kepada pengadu yang menjumpai jalan buntu bagaimana mahu menyelesaikan kes terbabit. Namun, sekalipun tidak mendedahkan nama Maahad Tahfiz berkenaan apatah lagi pemiliknya.

Semuanya bermula apabila salah seorang pelajar berusia 9 tahun memberitahu ustaz gantian bahawa dia membenci sekolah tersebut kerana dicabul kehormatan.

“Dua minggu kemudian, tiga orang budak lari dari sekolah. Salah seorang mengadu kepada ibu bapa, ibu bapa ini memberitahu ibu bapa lain. Bermula dari sini, kisah ini terungkai,” jelas Syed Azmi dalam kirimannya.

Berikut adalah antara insiden cabul yang didakwa berlaku:

1. Pelajar diminta mencium mulut ‘Abi’ atau guru di hadapan semua penghuni asrama, setiap malam sebelum tidur.

2. Pelajar turut diraba dan andai melawan, akan dibalas dengan sindiran seperti: "Awak disisihkan ibu bapa, sebab itulah awak dihantar ke sini. Awak ini nakal.”

3. Pelajar memberi dan menerima seks oral.

4. Pelajar diminta merahsiakan pencabulan yang berlaku.

Setelah ibu bapa pelajar tersebut membuat laporan polis, nama dan pemilik Maahad Tahfiz berkenaan terus tersebar. Ia dipercayai dimiliki oleh pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias.

Namun perkara itu bukanlah didedahkan oleh kedua-dua individu ini tetapi didedahkan melalui laporan media Astro Awani.

Image via Astro Awani

Setelah isu itu menjadi viral, Ustaz Kazim Elias telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis mendakwa Wardina dan Syed Azmi cuba memfitnah beliau.

Bagaimanapun, ini kenyataan dan sedikit kronologi ringkas Wardina berikutan tindakan tersebut:

BISMILLAH

Saya ingin maklumkan ringkasan kisah dakwaan pencabulan seksual di MAAHAD TAHFIZ bagi mereka yang sebelum ini tidak faham dan tidak mengikuti kes ini dari awal.

Saya sarankan kepada yang tak mampu untuk menghadam kronologi dan kisah sebenar ini untuk menahan diri daripada membuat sebarang komen negatif kepada mana-mana pihak (termasuk Ustaz Kazim)

Perlu difahamkan bahawa :-

1. BUKAN saya dan Syed Azmi yang memfailkan laporan polis terhadap Mahaad Tahfiz Darul Barakah. (Pengadu adalah ibu kepada mangsa).

2. Saya banyak menerima luahan hati daripada orang ramai melalui laman Facebook awam saya berkenaan dengan insiden pencabulan seksual kanak-kanak. Majoriti aduan adalah daripada mangsa sendiri (semasa kecil) ataupun ibu-ibu mangsa yang tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kerana pelbagai halangan dan menemui jalan buntu.

3. Oleh sebab itu, Saya dan Syed Azmi sudah sekian lama berkongsi luahan hati kes mangsa-mangsa di page kami, bagi memberi pendedahan kepada masyarakat betapa seriusnya masalah seumpama ini yang sudah membarah dalam masyarakat dan kesannya terhadap mangsa.

Beliau menerima aduan seorang ibu di laman Facebook awal Ogos lalu yang memberitahu anaknya telah dicabul. Tetapi, beliau tidak mendedahkan perkara tersebut secara melulu dan perlu mengesahkan maklumat tersebut terlebih dahulu.

4. Pada awal Ogos 2016, saya menerima satu aduan di FB oleh seorang ibu mendakwa anaknya dicabul. Beliau mengadu dengan panjang lebar (boleh baca aduannya yang telah saya lampirkan di FB ).. saya mengejutkan suami saya dari tidur untuk membacakan aduan tersebut (it was that shocking).

5. Di antara soalan pertama saya kepadanya ialah
"Can I verify this news? How do I know if this is true?" (menjawab komen yang mengatakan saya tidak bertabayyun, tidak mahu memeriksa dan terus share). Oleh kerana insiden ini amat mengejutkan dan berat, saya dapatkan maklumat yang lebih lanjut sebelum share. Saya diberitahu yang insiden ini telah beliau kongsikan bersama Syed Azmi terlebih dahulu. Saya dan Syed Azmi tahu betapa pentingnya untuk mengesahkan sesuatu maklumat sebelum dikongsi di FB kerana kami bukanlah orang yang tidak berpelajaran.

6. Setelah mendapat lebih maklumat DAN kebenaran ibu tersebut, saya kongsi cerita ini TANPA mengetahui Maahad Tahfiz mana yang dimaksudkan untuk dijadikan pengajaran (sama seperti kisah lain) kepada ibubapa yang mungkin mengalami situasi yang agak sama dan lebih berwaspada.

Image via Astro Awani

Tidak lama kemudian, pengadu memaklumkan identiti Maahad Tahfiz tersebut tetapi Wardina masih tidak mendedahkannya walaupun didesak pengguna Facebook

7. Beberapa hari kemudian, Ibu memaklumkan identiti Maahad Tahfiz tersebut kepada saya. Saya terkejut namun tetap TIDAK mendedahkan nama Maahad Tahfiz walau didesak oleh pengguna FB.

8. Ibu membuat laporan polis beserta nama Maahad Tahfiz. Kemudian melalui FB, Ibu memberitahu saya beliau sudah membuat laporan polis setelah mendapat nasihat dari peguam.

9. Ibu menceritakan kisah laporan polis sebagai "update" mereka yang mengikut kes ini, lalu saya kongsikan di page saya (Tetap TIDAK menamakan Mahaad Tahfiz tersebut). Laporan pihak media kemudian menamakan Maahad Tahfiz Darul Barakah sebagai pihak yang disiasat.

10. Ustaz Kazim membuat laporan polis terhadap saya dan Syed Azmi kerana 'memfitnah' beliau.

Beliau turut mempersoalkan beberapa perkara terhadap Ustaz Kazim dan menjelaskan fokus sebenar isu tersebut

Persoalan saya:-

1. Dimana 'fitnah' saya terhadap Ustaz?

2. Sekiranya pengguna FB dan masyarakat mendapat maklumat mengenai kes ini melalui LAPORAN POLIS dan sumber media (dan oleh sebab itu ustaz diberikan komen negatif oleh pengguna FB) maka sebagaimana dilemparkan kata-kata negatif kepada saya ianya adalah diluar kawalan.

3.Sekiranya benar dakwaan ini "fitnah" ianya BUKAN dari saya. BUKAN cerita saya mahupun SA. FOKUSnya disini SEBENARNYA ialah:-

1. Mengenai aduan terhadap kes pencabulan ini samada ianya benar-benar berlaku DAN ini adalah tanggungjawab polis untuk menyiasat setelah aduan dilakukan. (Bukan tanggungjawab saya)

2. Sekiranya ada aduan serius seperti ini (lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak) KITA sepatutnya FOKUS ke atas aduan tersebut. THAT is the main focus.

3. Kita perlu memudahkan mereka yang ingin membuat aduan pencabulan BUKAN menghalang mereka dan menyerahkan kepada pihak polis menyiasat kredibiliti aduan mereka.

4. Setiap aduan PERLU dipandang serius kerana tuduhan tersebut amat berat;

i. sekiranya pengadu membuat aduan palsu ianya SALAH

ii. insiden benar-benar terjadi sebagaimana dilaporkan

Amat menyedihkan kita mempunyai mentaliti menyusahkan dan menakutkan mereka yang mahu tampil membuat aduan.

(Teringat kes ibu membuat aduan polis mengenai seorang kanak-kanak yang disyaki ingin dicabul oleh seorang lelaki di atas motosikal, ibu tersebut nampak melalui tingkap rumahya - kemudian ibu tersebut diugut sehingga tutup account FBnya)

Masyarakat apakah ini?

We could have not cared and not dragged into this nonsense, but we chose to give a voice to a mother desperate for justice.

Beliau berharap semoga insiden ini akan menjadi titik mulanya pihak kerajaan menggubal undang-undang atau menyediakan seliaan dan garis panduan bagi semua Maahad Tahfiz dan sekolah berasrama

Kami sedia maklum akan peranan dan jasa Ustaz Kazim sebagai penaung Maahad Tahfiz dan berharap episod ini tidak melumpuhkan malah memantapkan lagi pengendalian Maahad Tahfiz supaya bebas daripada persepsi negatif.

Semoga insiden ini akan menjadi titik mulanya pihak kerajaan menggubal undang-undang atau menyediakan seliaan dan garis panduan bagi semua Maahad Tahfiz dan sekolah berasrama bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku di masa akan datang. Kita perlu membersihkan semua asrama dan sekolah dari gejala buli dan seumpamanya. We owe it to our children.

Sekian,

Wardina Safiyyah

P/S: Laporan Polis keatas saya juga telah mencemarkan nama baik saya. It complicated matters further. Bukan Ustaz sahaja yang ada nama baik. Laporan Ustaz membuatkan orang percaya bahawa saya dan Syed Azmi memfitnah beliau (lebih-lebih lagi mereka yang tidak mengikuti kes ini dari awal serta gagal memahami isu sebenar). Jadi sebagaimana Ustaz tidak suka dan menganggap komen yang mengutuk Ustaz memalukan dan mencemar nama baik Ustaz, cara dan laporan polis terhadap kami juga mencemarkan nama baik saya, kerana kami juga menerima berbagai komen negatif. I feel he owes us an apology.

------> It is not about ME or YOU Ustaz, it is about the allegations made. We just have to take it seriously regardless.

Teringat kisah Nabi difitnah dan digelar Gila, Ahli sihir dan seumpanya. Moga kesabaran Nabi saw menjadi iktibar buat kita semua. Maaf segala salah silap. Kita ni niat nak tolong orang je.

Saya juga seperti semua mahu kebenaran terungkai. Siapa yang menipu siapa yang tidak. Wallahulam.

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Gejala seks terhadap kanak-kanak semakin meruncing dalam masyarakat kita. Ambil tindakan sekarang!

You may be interested in: