seismik

Cara Kenal Pasti Dan Jauhi Pedofilia Serta 4 Aplikasi Ibu Bapa Wajib 'Install' Sekarang!

Jangan biarkan anak anda jatuh ke tangan mereka!

Cover image via www.wdonna.it

Dalam sedar atau tidak, isu pedofilia semakin meruncing dalam masyarakat kita. Kewujudan golongan sebegini boleh diibaratkan sebagai satu bencana dalam masyarakat kerana mengancam emosi dan nyawa kanak-kanak bawah umur.

Mereka bukan sahaja mencabul dan merogol kanak-kanak, malah ada yang bertindak mendera kanak-kanak sebelum melakukan gangguan seksual. Ya, sangat menakutkan. Jadi, peranan ibu bapa di sini adalah yang paling utama iaitu memastikan anak-anak anda sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada gangguan mereka.

Namun, adakah anda tahu cara untuk mengesan golongan pedofilia ini? Ikuti tips kenal pasti dan cara mengelakkan diri anak-anak anda daripada golongan tersebut yang dikongsikan oleh pemuda yang bernama Taufiq Razif ini.

《 Tolong pantau anak kita sayang 》

Tadi saya sempat bercerita kat isteri tentang kes pedofilia kat Malaysia ni. Isteri saya ni walaupun seorang doktor tapi dia macam tak dapat nak hadam sangat bab kes pedofilia sebab benda ni sebenarnya benda di luar akal logik manusia normal.

Isteri saya ni banyak handle kes hamil anak luar nikah je. Yang hamil tu pulak bukan orang dewasa tapi mostly baru umur 16 dan 17 tahun je. Biasanya budak yang mengandung ni kenal pakwe mereka melalui WeChat. Saya pun tak tahu sangat kenapa WeChat ni jadi tempat mereka bersosial cuma yg saya tahu melalui applikasi WeChat kita boleh berkenalan dengan orang di sekeliling dan yg berdekatan dengan tempat tinggal kita. Jadi saya pesan sangat sangat kat ibu bapa tolong pantau gajet anak anda. Please!

Baru-baru ni pun viral kisah seorang lelaki Pedofil yg tak dikenali cuba menggoda seorang budak lelaki berumur 10 tahun melalui applikasi kat henset budak tu. Budak nama Aiman ni pulak memang jenis suci tak tahu apa apa. Dia pun layan je la. Yang lelaki ni pula gi mintak gambar bogel budak tu walaupun dah tahu dah yg dia chat tu baru berumur 10 tahun! Siap cakap nak bagi PSP lagi kalau budak tu nak bagi gambar kemaluannya! Alhamdulillah ibunya sedar ada chat pelik kat henset anaknya.

facebook.com

Menurutnya kes pedofilia ini sudah lama ada di Malaysia cuma ia agak susah untuk dikesan. Malah, laman web yang memaparkan video seks kanak-kanak pula biasanya tak semua orang boleh akses.

Kes pedofilia camni sebenarnya dah lama ada kat Malaysia cuma mereka yg terlibat ni sangat susah nk dikesan sebab mereka ni pandai menyorok daripada pihak berkuasa. Contohnya kes Richard Huckle hari tu. Dia ni antara Pedofil terdasyat dalam sejarah Britain. Dia pernah masuk ke Malaysia sebagai sukarelawan dan dilaporkan dia dah 'ratah' 200 orang kanak kanak termasuk kanak-kanak kat Malaysia! Mostly mangsanya baru berumur 6 bulan sampai la yang berumur 12 tahun! Gila kan?

Laman web lucah mereka pulak biasanya tak semua orang boleh akses. Hanya orang orang tertentu dari geng mereka je yg boleh masuk ke laman web lucah tu. Sebelum ni kecoh kot satu Malaysia bila gambar anak Harith Iskander dan gambar anak Tomok masuk kat laman web lucah kanak kanak tapi sekarang semua dah kembali diam macam takde apa apa yang berlaku.

Saya ada rahsia nak bagitahu korang ni. Ada cara nak cam orang Pedofil ni. Biasanya seorang pedofil ni sangat pandai menjaga rahsia dia. Biasanya mereka ni sangat kelihatan warak dan baik. Mereka nampak sangat penyayang dengan budak-budak. Selalu belikan gula-gula dan hadiah kat budak-budak dan pandai pujuk rayu mereka. Tanpa kita sedar mungkin mereka sedang menghidap penyakit mental sukakan kanak-kanak yg belum baligh

Richard Huckle.

Image via www.thesun.co.uk

Oleh itu, sebagai ibu bapa ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan bagi menjauhkan anak anda daripada menjadi mangsa golongan tidak bermoral ini:

+ Bagitahu anak kita takde siapa boleh sentuh area kemaluan dia walaupun orang terdekat dalam keluarga.

+ Biasakan dengar mereka mengadu dan tunjukkan yang kita amik berat dengan aduan mereka walaupun untuk perkara-perkara yg kecil.

+ Ajar anak untuk berkata TIDAK jika ada orang lain yg minta mereka buat benda yang aneh dan menyakiti mereka.

+ Jangan marah anak jika mereka bertanya perkara yg bagi kita agak lucah kerana ada kemungkinan mereka sedang dipengaruhi oleh Pedofil.

+ Jangan ambil ringan kalau anak selalu mengadu sakit di bahagian perut ataupun kemaluan.

+ Jangan post gambar anak kita dalam keadaan berpakaian seksi walaupun mereka masih kanak kanak! Memang ada laman web lucah kanak kanak yg suka cari gmbar kanak kanak yg 'seksi' untuk menjadi bahan tatapan dan perbincangan mereka. Richard Huckle yang saya cerita tadi tu simpan 20 000 gambar kanak-kanak sebagai koleksi!

+ Pastikan henset anak kita jenis yang takde aplikasi instant messanger seperti Whatsapp, WeChat dan lain2. Cukup la dengan sms dan call biasa je.

Image via www.olbia.it

Terdapat juga beberapa aplikasi yang boleh anda gunakan untuk monitor aktiviti anak-anak yang menggunakan telefon pintar

+ Kalau anak nak pakai juga internet dan apps yg lain pastikan kita dah install apps untuk monitor aktiviti anak kat henset tu. Contoh apps yg korang boleh download kat Google Play atau Apple Store utk mengawasi henset anak korang :

I. Kids Place - Parental Control
II. Abeona - Parental Control & Device Monitor
III. Screen Time Parental Control
IV. Parental Control Board

Saya mohon sangat-sangat korang amalkan tips yg saya bagi kat atas ni sebagai langkah berjaga jaga dengan orang yg ada penyakit pelik ni. Kalau ikut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5) pun pedofilia ni termasuk dalam kategori Paraphilia, sejenis bentuk penyimpangan seksual. Korang jangan pelik ada orang yang berkahwin dengan patung la, ada yang suka skodeng orang la, ada yang suka curi seluar dalam orang la sebab memang semua ni termasuk dalam kategori Paraphilia tu la. Ya, sejenis penyakit mental!

facebook.com
Image via www.leggo.it

Jangan ambil remeh, perkara ini mungkin boleh terjadi terhadap ahli keluarga anda sendiri tanpa anda sangka

P/ S : Saya Taufiq Razif mintak sangat ibu bapa kat luar sana untuk sebarkan Talian Kasih 15999 yg diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Kalau ada je korang suspek benda jijik ni berlaku, tolong hubungi nombor tu.Mungkin ada beribu lagi kes pedofilia di luar sana yang sedang berlaku tapi mungkin kerana kurang pendedahan dan tak tahu nak mengadu kat siapa akhirnya mangsa dan keluarganya berdiam diri je.

Benda ni boleh je terjadi pada ahli keluarga kita dan anak-anak kita tanpa kita sedar pun sebab kita tak amik berat pun pasal kes pedofilia ni. Korang jangan ingat pedofil ni suka rogol je. Ada jugak yang jenis dera dulu sebelum rogol. Ada jugak yang jenis rogol dulu sebelum bunuh. Jom saling mengingatkan sesama kita.

Bantu saya sebarkan mesej ini pada seluruh rakyat Malaysia ye..insyaAllah saya akan kupas lebih banyak tentang isu yang penting untuk kita semua di post saya yang seterusnya..

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini dia artikel mengenai kisah adik Aiman seperti yang diceritakan di atas:

Lagi artikel mengenai pedofilia:

You may be interested in: