seismik

''Saya Dipukul Tanpa Belas Kasihan" - Pemandu Lori Cerita Detik Cemas Dibelasah Gengster

"Saya hanya tahu siapa mereka selepas bos beritahu yang mereka ni gengster besar," - Nasrul Faiz

Cover image via SAYS

"Saya dipukul tanpa belas kasihan." - Begitulah luahan hati mangsa, Nasrul Faiz Zul Fahmi, 25, yang dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, 14 Januari lalu.

Image via Facebook

Nasrul Faiz yang merupakan seorang pemandu lori cedera parah dipukul sekumpulan lelaki di sebuah kawasan kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur kerana tanpa sengaja telah melanggar sebuah kereta mewah Mercedes-Benz yang dipercayai milik seorang ‘Datuk'.

Kejadian tersebut menjadi viral di laman Facebook setelah video yang menunjukkan dia dibelasah beramai-ramai tersebar luas di laman sosial.

Image via Facebook

Menurut laporan BH Online semalam, Nasrul memberitahu kejadian bermula apabila dia bertanya kepada salah seorang lelaki tersebut mengenai pemilik kenderaan berkenaan

"Saya cuba bertanya kepada lelaki berkenaan siapa punya kereta berulang kali, sebaliknya lelaki itu bertanya pula kepada saya, ini lori siapa?

"Saya mengakui terlanggar kereta tersebut, tiba-tiba saya ditarik, ditumbuk serta ditendang. Saya tidak ingat berapa orang yang memukul," katanya.

sinarharian.com.my
Image via Facebook

Nasrul Faiz, menceritakan detik-detik insiden itu dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), di Sungai Besi, semalam.

Dia tidak mengingati berapa jumlah individu yang mencederakan dirinya, malah mengetahui perkara tersebut selepas menonton melalui video yang tersebar luas di media sosial

Nasrul Faiz juga memberitahu dia tidak mengenali siapa lelaki dan kumpulan individu yang memukulnya itu sehinggalah bosnya memberitahu kumpulan lelaki tersebut adalah gengster besar.

Image via Facebook

"Dia yang datang ke arah saya dulu, lepas tu dia angkat tangan terus pukul. Saya tak berkasar pun dengan dia"

"Saya hanya tahu siapa mereka selepas bos beritahu yang mereka ni gengster besar," katanya.

sinarharian.com.my

Bagaimanapun, Nasrul Faiz berkata kejadian itu tidak akan sesekali menyebabkan dia berhenti bekerja sebagai pemandu lori

"Rezeki luas, selagi ada rezeki saya akan terus bekerja, saya masih bujang, dan tinggal dengan keluarga di Kuala Lumpur.

"Namun amat merisaukan, soal keselamatan keluarga, memandangkan majikan saya juga telah menerima ugutan," katanya lagi.

sinarharian.com.my

Tonton video temubual Nasrul Faiz bersama media di bawah:

#Kualalumpur Temu bual pemandu lori yang dipukul sabtu lalu

Posted by Harian Metro on Saturday, January 21, 2017

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: