seismik

Al Jazeera Nafi Dakwaan Dokumentari Tidak Adil, Netizen Mahu Kerajaan Haramkan Ia Segera

Stesen penyiaran itu menegaskan bahawa dokumentari terbabit berpegang kepada profesionalisme, kualiti dan kewartawanan yang tidak berat sebelah.

Cover image via Al Jazeera & New Straits Times

Susulan daripada isu video sebuah laporan dokumentari yang tular 3 Julai lalu. Semalam, Al Jazeera menafikan dakwaan dokumentarinya bertajuk 'East 101: Locked Up in Malaysia's Lockdown' sebagai tidak tepat, mengelirukan dan tidak adil.

Dalam satu kenyataan malam tadi, stesen penyiaran antarabangsa itu menegaskan bahawa laporan menerusi dokumentari terbabit berpegang kepada profesionalisme, kualiti dan kewartawanan yang tidak berat sebelah.

"Episod 'Locked Up in Malaysia's Lockdown', mengandungi pandangan dan pengalaman individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk doktor dan petugas barisan hadapan Malaysia.

"Al Jazeera mengiktiraf bahawa tindakan Malaysia berjaya membendung penularan COVID-19.

Program itu jelas menunjukkan, usaha kemanusiaan dilakukan oleh organisasi Malaysia yang menyediakan bantuan secara terus kepada warga asing yang memerlukan.

"Episod itu juga tidak mengandungi pendapat peribadi daripada mana-mana kakitangan Al Jazeera," katanya.

Tonton video penuh laporan dokumentari tersebut di bawah:

Menurut kenyataan itu lagi, Al Jazeera berusaha mendapatkan kenyataan kerajaan, memohon mengadakan temubual bersama pegawai kanan kerajaan serta menteri, namun permohonan itu tidak diterima

Malah, Al Jazeera cuba menghadiri sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun hanya media rasmi sahaja dibenarkan.

"Walaupun usaha menemubual pegawai kerajaan tidak berjaya, Al Jazeera masih manghasilkan dokumentasi yang seimbang dengan memasukkan kenyataan Menteri Kanan dari dua sidang medianya," katanya.

Stesen penyiaran antarabangsa berita itu turut melahirkan kebimbangan dengan siasatan polis terhadap kakitangannya.

Justeru, Al Jazeera meminta pihak berkuasa Malaysia supaya berhenti menjalankan sebarang siasatan jenayah berhubung perkara terbabit.

"Al Jazeera English sedia menemubual wakil kerajaan Malaysia yang ingin memberi maklum balas terhadap perkara yang ditimbulkan dalam dokumentari berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen di media sosial Facebook pula, rata-rata netizen menggesa kerajaan untuk mengharamkan terus Al Jazeera daripada beroperasi di Malaysia

Berikut adalah antara komen netizen mengenai isu itu di Facebook: 

Semoga isu ini dapat segera diselesaikan, kerajaan harus bertindaklah lebih tegas terhadap mana-mana individu atau organisasi yang sengaja memburuk-burukan nama Malaysia di mata dunia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: