[VIDEO] "Hina Sangat Ke Jadi Tukang Kebun" - Netizen Bengang Dengan Ucapan Khalid Jamlus
Jawapan tersebut mengundang kecaman ramai netizen yang tidak setuju dengan kenyataan dibuat oleh Khalid.
Baru-baru ini, tular di media sosial, bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus menjual kasut emas yang dimenanginya 18 tahun lalu dengan harga RM10,500 menerusi bidaan secara langsung di Facebook miliknya
Khalid merangkul anugerah kasut emas itu selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.
Selain Kasut Emas, Khalid turut membuat lelongan pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.
Namun begitu, tindakan terbabit mendapat perhatian, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal apabila sendiri menjemput pemain itu ke pejabatnya semalam untuk mengetahui masalah yang sedang dihadapi oleh bekas pemain itu.
Pada pertemuan terbabit, berkemungkinan besar Khalid akan kembali ke arena bola sepak negara menerusi bantuan yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan nanti.
Walau bagaimanapun, terdapat situasi yang 'kurang enak' berlaku ketika sesi soal jawab dengan wartawan selepas pertemuannya bersama dengan Wan Ahmad Fayhsal
Menerusi video yang diterbitkan oleh Buletin TV3 pada minit 1:09, Khalid membalas pertanyaan yang disoal oleh seorang wartawan yang bertanyakan "Adakah perancangannya untuk menjadi seorang jurulatih?". Khalid menjawab "Tak kan jadi tukang kebun bang".
Jawapan tersebut ternyata mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang tidak setuju dengan kenyataan dibuat oleh Khalid.
Rata-rata netizen juga menyifatkan tindakan Khalid menjawab soalan itu seperti merendah-rendahkan 'profesion' seorang tukang kebun
Malah, hasil tinjaun di Twitter pula, tular video bahagian ketika soal jawab itu yang dikongsikan semula oleh @E_Blackbeard.
Ketika artikel ini ditulis pula, video berkenaan telah pun meraih lebih 213K tontonan dan 2.5K retweets.
Berikut adalah antara komen netizen mengenai isu itu di Twitter:
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Kemungkinan Khalid hanya 'bergurau' sahaja dengan soalan yang ditanya oleh wartawan berkenaan.