ALP Labur RM500 Juta Bina OMEGA 2 Shah Alam, Kemudahan Rantai Sejuk Pintar Pertama Di Malaysia

Pelaburan RM500 juta untuk OMEGA 2 Shah Alam bakal jadi hab rantai sejuk pintar pertama Malaysia.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ally Logistic Property (ALP), pemaju infrastruktur logistik pintar terkemuka dari Taiwan, hari ini mengumumkan pelancaran OMEGA 2 Shah Alam, sebuah kemudahan rantai sejuk pintar binaan khas yang melibatkan nilai pelaburan kira-kira RM500 juta (AS$127 juta)

Pembangunan seluas 9 ekar di selatan Shah Alam ini dijadualkan siap pada suku kedua (S2) 2028.

Ia bakal melakar sejarah sebagai kemudahan rantai sejuk berbilang tingkat pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (AS/RS) bersepadu.

OMEGA 2 Shah Alam menawarkan ruang binaan seluas 577,000 kaki persegi dengan kapasiti lebih 30,000 kedudukan palet. Direka sebagai hab pelbagai suhu, kemudahan ini menyepadukan zon penyimpanan:

  • Ambiance & Berhawa Dingin
  • Sejuk (Chilled) & Beku (Frozen)

SAYS.com
Image via Ally Logistic Property (ALP)

Ekosistem logistik pelbagai suhu dan mesra tenaga

Pendekatan ini bertujuan menyokong permintaan pesat daripada sektor makanan dan minuman (F&B), farmaseutikal, peruncitan, serta e-dagang yang memerlukan standard ketat dalam pengurusan suhu.

"Pasaran infrastruktur rantai sejuk Malaysia masih mempunyai ruang yang besar untuk automasi dan kecekapan tenaga. OMEGA 2 direka untuk merapatkan jurang ini sambil menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan matlamat ESG," ujar Bryan Yeo, Pengarah Urusan ALP Malaysia.

Sebagai rekod, projek ini mendapat pujian daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Selangor kerana selaras dengan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

SAYS.com

Pengarah Urusan ALP Malaysia, Bryan Yeo

Image via Ally Logistic Property (ALP)

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, menyifatkan pelaburan ALP sebagai sumbangan kritikal kepada transformasi industri negara.

"Sebagai kemudahan rantai sejuk AS/RS berbilang tingkat pertama binaan pemaju, OMEGA 2 mencerminkan pelaburan bernilai tinggi yang diimpikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13)," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato' Hasan Azhari, turut menambah bahawa pelaburan strategik ini memperkukuh visi Selangor sebagai hab utama industri bernilai tinggi dan berpacukan teknologi di rantau ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: