seismik

Kepayahan Hidup Lelaki Ini Dibongkar Oleh Altimet. Sangat Memberi Inspirasi!

Setiap orang ada jalan cerita berbeza.

Cover image via Google

Setiap orang ada ceritanya dan semua pun ada matlamat yang sama, iaitu mencari hasil dalam setiap pekerjaan yang dilakukan

Image via Astro Awani

Setiap hari, kita akan bangun pagi untuk mencari rezeki, meninggalkan keselesaan rumah dan membanting tulang untuk memenuhi keperluan. Tidak kiralah sama ada pekerja biasa, peniaga, mahupu pemuzik, semua pun mempunyai matlamat yang sama.

Laluan bagi setiap orang sememangnya berbeza. Setiap orang perlu menghadapi dugaan dan cabaran untuk berjaya.

Altimet, rapper berpengaruh dan popular di arena industri muzik tanah air pernah menghadapi masa yang sukar dalam berkarya

Image via wanista

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad bin Abdul Rahman sentiasa inginkan yang terbaik dalam menghasilkan lagu. Setiap hari beliau akan bekerja keras kerana beliau sedar bukan mudah untuk terus survive dalam dunia rapping.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Altimet tidak pernah mengaku kalah. Kegigihannya selama ini telah menjadikan beliau antara rapper paling dihormati dan disegani dalam industri rap tanah air.

"Saya harus bekerja keras supaya saya juga dapat menjadi di antara yang terbaik. Saya masih mencuba dan saya akan sampai jua ke sana," kata Altimet.

Warga kota dan rakyat marhaen turut mempunyai kisah hustle mereka sendiri.

Altimet terjah beberapa orang di Kuala Lumpur untuk mengetahui kisah dan cabaran di sebalik senyuman mereka.

1. Lelaki ini kehilangan ayahanda tercinta semasa beliau masih remaja. Dia sentiasa ingat dan berpegang teguh kepada nasihat yang diberi oleh ayahnya dahulu.

Image via NESCAFÉ

"Ayah saya selalu pesan, 'Kalau perkara itu semakin sukar, teruskan saja. Jangan berhenti, jangan toleh ke belakang. Awak yang menentukan langkah seterusnya'. Kata-kata itulah yang memotivasikan saya setiap hari," katanya.

Beliau merupakan satu-satunya harapan keluarga dan setiap langkah perjuangannya kini adalah kerana ibu bapanya.

2. Demi mengejar impian sebagai pelukis, bapa tunggal ini sanggup meninggalkan kerja tetap

Image via NESCAFÉ

"Saya mula bekerja pada pukul 10 pagi sehingga pukul 11 malam. Namun kadang-kadang, saya terpaksa balik lambat sehingga pukul 1 pagi demi mengejar deadline.

"Anak-anak saya adalah motivasi saya. Sebagai bapa tunggal, saya perlu bangun awal setiap hari untuk menguruskan mereka terlebih dahulu. Apa yang utama ialah mencari rezeki yang halal. Saya bersyukur kerana mampu mencari rezeki dengan bakat yang Allah beri kepada saya," katanya.

3. Anak muda ini mula berniaga sejak berusia 18 tahun demi menyara keluarganya yang tidak hidup mewah

Image via NESCAFÉ

"Saya datang daripada keluarga yang susah. Perkara itulah yang memotivasikan saya untuk berniaga dan terus berjuang," katanya.

Walaupun berdepan cabaran untuk berinteraksi dengan segelintir pelancong, anak muda ini tetap gagahkan diri dan cuba untuk memberikan servis yang terbaik kepada mereka.

4. Wanita ini mengambil masa satu jam untuk travel ke tempat kerja setiap hari

Image via NESCAFÉ

Menetap di ibu kota Kuala Lumpur sememangnya memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Perkara itu sedikit sebanyak mendorong wanita ini untuk meneruskan kehidupan sehariannya selain ingin membantu keluarganya.

“Niat saya bekerja setiap hari adalah untuk diri saya sendiri, selain itu saya juga ingin membantu kedua ibu bapa saya dan keluarga saya," katanya.

Setiap orang ada cabaran tertentu yang perlu diharungi setiap hari. Namun, semuanya 'hustle demi hasil' demi menjamin hari esok yang lebih baik.

Image via NESCAFÉ

Menerusi kisah perjuangan the real hustlers ini, Altimet bersama NESCAFÉ Blend & Brew percaya bahawa sama ada anda pemuzik, ibu bapa, peniaga, atau pun pekerja biasa, pastinya ada matlamat yang ingin anda capai dalam hidup. Oleh itu, setiap orang bekerja keras setiap hari demi mencapai kejayaan.

Lihat video di bawah di mana Altimet menyelami kehidupan warga kota Kuala Lumpur untuk mengetahui sebab kenapa mereka sanggup hustle setiap hari:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi kisah inspirasi anak Malaysia DI SINI: