seismik

Bayi Malaysia Yang Lahir Pada 2018 Hingga 2022 Akan Menerima RM200 Insentif ADAM50

Tertakluk kepada kakitangan kerajaan sahaja.

Cover image via Faiz Anuar

Puluhan bayi yang baru lahir menjadi antara yang terawal menerima insentif khas daripada kerajaan pada 1 Januari 2018

Dalam pada ahli keluarga menyambut gembira kedatangan tahun baru, sesetengah ibu bapa telah pun menerima tabungan awal untuk anak-anak mereka dalam bentuk insentif Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau dikenali sebagai ADAM50.

Image via Aziah Azmee

Menurut sumber, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuat lawatan ke 30 hospital di seluruh negara sempena majlis pra-pelancaran pada hari pertama tahun baru, untuk menghadiahkan semua bayi yang dilahirkan pada 1 Januari 2018 dengan sijil ADAM50 dan hamper.

"Saya gembira kerana mendapat dua berita gembira, pertama, bayi saya dilahirkan pada 1 Januari, dan kedua, dia menjadi antara yang pertama menerima ADAM50," kata Nur Syuhada Mohd Ziz, seorang ibu yang baru melahirkan anak kelima, lapor Bernama.

ADAM50 diumumkan tahun lepas semasa pembentangan #Bajet2018, di mana bayi yang baru lahir akan menerima insentif unit amanah berjumlah RM200

Image via Najib Razak

Wang simpanan bernilai RM200 akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera, selagi mereka bayi lahir antara 1 Januari 2018 dan 31 Disember 2022.

Skim itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2.5 juta bayi Malaysia dan akan dilaksanakan untuk lima tahun akan datang dengan jumlah kos RM500 juta, ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan PNB.

Pengenalan skim ini bertujuan bagi menggalakkan ibu bapa membuat simpanan awal untuk anak-anak mereka

Image via Aziah Azmee

"Skim ini bertujuan untuk mendidik ibu bapa mengenai budaya pelaburan dan menggalakkan mereka melabur demi masa depan anak-anak mereka.

"Kami menggalakkan semua ibu bapa yang layak untuk menyertai skim ini," kata CEO PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Untuk pengetahuan semua, dana pelaburan RM200 ini tidak boleh dikeluarkan sehingga bayi berusia 18 tahun

Bagaimanapun, dengan membuat pelaburan tambahan sekurang-kurangnya RM100 sebulan, jumlah wang yang akan terkumpul boleh mencecah kira-kira RM20,000 apabila bayi itu mencapai usia 18 tahun kelak, dengan kadar dividen sebanyak 6% setahun.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk mendaftar skim ADAM50:

Image via BERNAMA

Bayi baru lahir layak menerima insentif ADAM50 selagi didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh lahirnya. Contohnya, jika bayi dilahirkan pada 4 Februari 2018, ibu bapa atau penjaga sah mesti membuat pendaftaran sebelum 4 Februari 2019.

Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau melalui ejen ASNB yang dilantik termasuk Maybank, CIMB, RHB, Affin Bank, AmBank dan Pos Malaysia.

 Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran:

  • Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga sah;
  • MyKid atau sijil kelahiran bayi;
  • Dokumen sokongan yang relevan seperti dokumen mahkamah sekiranya penjaga sah bukan ibu bapa biologi kanak-kanak itu.

Insentif RM200 akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun benefisiari sebaik sahaja pendaftaran selesai

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad.

Image via Najib Razak

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda dah mohon Kad Ceria?

You may be interested in: