Amir Raja Lawak Dikejarkan Ke Hospital, Tunggu Giliran Masuk ICU Akibat Jangkitan Paru-Paru

Semoga Amir kembali sembuh dan sihat seperti biasa.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelawak, Mohammad Amirullah Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru

Perkara itu dimaklumkan pelakon, Lando Zawawi menerusi satu hantaran di Facebook yang turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan pelawak berusia 37 tahun berkenaan.

Menurut Lando, beliau mendapat keizinan daripada ibu Amir, Puan Nizan untuk berkongsi keadaan kesihatan anaknya kepada umum.

Katanya, Amir kini sedang menunggu giliran di unit rawatan rapi (ICU) bagi menjalani proses rawatan seterusnya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

"Saya baharu saja mendapat keizinan daripada ibu Amir (Puan Nizan) untuk memohon sanak-saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita, Mohammad Amirullah Azmi supaya mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat.

"Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya. Maaf tak sanggup cakap tapi beliau terkena jangkitan paru-paru.

"Asma memang daripada kecil. Semoga Allah SWT masih beri peluang kita bersamanya,"
katanya.

Dalam hantaran sama, pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) itu turut menitipkan pesanan kepada individu yang masih mempunyai hutang dengan Amir supaya segera melunaskan tanggungjawab masing-masing

"Sekadar peringatan buat pihak yang masih berhutang pada dia, eloklah selesaikan atau mohon maaf padanya," ujarnya.

Untuk rekod, Amir mula mencipta nama dalam industri hiburan menerusi program realiti Raja Lawak musim ketiga pada 2009. Beliau berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang turut menampilkan kumpulan Sepah dan Jihan Muse.

Selain aktif dalam bidang hiburan, anak kelahiran Kota Bharu itu turut mengusahakan beberapa perniagaan sendiri termasuk ayam goreng rangup APFC di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, jualan air jagung serta pakaian terpakai.

Orang ramai kini berharap agar Amir diberikan kesembuhan dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS