Analisis Digital & Produk Organik, Siikat Natural Headspa Desa Sri Hartamas Tawar Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’
Siikat kini kukuh bertapak di lima lokasi strategik termasuk Bangi, Semenyih, Setia Alam, Kajang dan terbaharu Desa Sri Hartamas.
Cover image via Siikat Natural HeadspaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama pusat penjagaan rambut dan kulit kepala organik terkemuka, Siikat Natural Headspa, secara rasmi melancarkan cawangan kelimanya yang terletak di lokasi strategik Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Pembukaan ini merupakan langkah dinamik syarikat dalam menembusi pasaran komuniti profesional, ekspatriat, serta wanita bandaran yang mementingkan privasi eksklusif dan kesejahteraan holistik.
Lokasi premium ini dipilih bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap rawatan yang mengutamakan privasi, keselesaan dan hasil semula jadi.

Pengasas Siikat Natural Headspa, Siti Nur Rahmah
Image via Siikat Natural HeadspaDiasaskan oleh Siti Nur Rahmah, bekas profesional industri korporat minyak dan gas selama 15 tahun, Siikat Natural Headspa menawarkan penyelesaian holistik kepada isu rambut wanita moden seperti keguguran, kelemumur dan kulit kepala sensitif.
Premis ini dikendalikan sepenuhnya oleh terapi wanita profesional bagi memberikan keselesaan mutlak kepada wanita berhijab untuk menanggalkan tudung tanpa was-was.
Dari sudut teknikal, setiap sesi rawatan dimulakan dengan analisis digital kulit kepala bagi memastikan ketepatan rawatan, manakala semua produk yang digunakan adalah organik serta bebas daripada paraben, silikon dan bahan kimia berbahaya.
Siikat tawar promosi khas 'Beli 1 Percuma 1' untuk slot rawatan terpilih buat masa terhad
Cawangan Desa Sri Hartamas direka khas dengan konsep pencahayaan terapeutik dan ruang pemisahan yang ketat untuk memberikan ketenangan maksimum kepada pelanggan.
Antara rawatan premium yang ditawarkan termasuklah Signature Ratu Headspa berharga RM299 untuk 13 langkah rawatan intensif, Jeda Headspa pada harga RM299 yang memfokuskan kepada kelegaan ketegangan bahu, serta Seri Facial pada harga RM199 untuk kesegaran wajah. Sempena pelancaran ini, Siikat turut menawarkan promosi khas 'Beli 1 Percuma 1' untuk slot rawatan terpilih buat masa terhad.
Bermula daripada perniagaan sampingan dengan hanya dua katil rawatan di Bangi menggunakan modal sendiri, Siikat kini kukuh bertapak di lima lokasi strategik termasuk Bangi, Semenyih, Setia Alam, Kajang dan terbaharu Desa Sri Hartamas.
Selain daripada perkhidmatan spa, jenama ini turut bertindak sebagai platform memperkasakan wanita melalui peluang pekerjaan dan latihan kemahiran menerusi penubuhan akademi terapi sendiri di Kajang yang terbuka kepada orang awam serta penggiat industri.

Melangkah ke hadapan, Siti Nur Rahmah mengumumkan pelan ekspansi besar syarikat untuk menembusi pasaran antarabangsa termasuk Indonesia dan Timur Tengah dalam masa terdekat.
Malah pada September ini, syarikat bakal melancarkan cawangan baharu di Rimbayu Sanctuary Mall yang akan memperkenalkan Siiora, sebuah jenama penjagaan rambut dan kulit kepala yang ditujukan khusus untuk kaum lelaki.
Bagi pelanggan yang ingin melakukan tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut, perkhidmatan boleh diakses melalui aplikasi WhatsApp di talian +60 10-267 3012 atau melayari laman web rasmi mereka di siikatspa.com.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


