Anda Kaki Makan? Ini 5 Cara Mudah Untuk Nikmati Makanan Kegemaran Anda Tanpa Rasa Bersalah
Disiplin perlu ada ya!
Hidup di Malaysia ini memang bagaikan syurga makanan. Macam-macam jenis makanan ada!
Yang paling unik dan best di Malaysia ini adalah kepelbagaian hidangan yang ada dan semua jenis kaum boleh merasainya.
Antara menu popular yang disukai ramai tentunya Nasi Lemak, Teh Tarik, Roti Canai, Nasi Kandar, Mee Goreng Mamak dan sebagainya.
Memang best kalau dapat menikmati semua hidangan yang berkarbohidrat ini tanpa risau tentang rasa tidak selesa dengan badan anda.
Ingin tahu bagaimana cara untuk anda nikmati semua hidangan kegemaran tanpa rasa bersalah atau risau bila makan secara berlebihan?
Lihat 5 senarai di bawah:
1. Banyakkan masak di rumah berbanding makan di luar
Zaman sekarang, nak belajar masak bukannya susah pun. Ada banyak resipi yang anda boleh dapatkan dan belajar menghasilkannya melalui Internet. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk makan tanpa rasa bersalah kerana anda dapat mengawal kandungan bahan yang masuk ke dalam makanan anda, terutamanya garam.
Tips: Anda boleh belajar beberapa helah baru untuk menarik perhatian orang tersayang dengan masakan anda contohnya, gunakan marker pen untuk menandakan kuantiti makanan yang akan anda hidangkan. Lebih mudah.
2. Kurangkan pengambilan kuantiti daripada yang biasa
Pengambilan nasi memang penting kerana selain karbohidrat, ia mengandungi kandungan protein yang tinggi berbanding makanan bijirin lain. Tapi lebih elok untuk tidak makan secara berlebihan.
Tips: Paling ideal, ambil segenggam sahaja kuantiti nasi dalam setiap hidangan.
3. Minum lebih banyak teh hijau untuk membantu membersihkan sistem dengan kandungan flavonoid dan antioksidan
Setelah seharian anda mengambil semua jenis makanan, inilah masanya untuk anda 'bersihkan' kembali perut dengan pengambilan secawan minuman teh hijau.
Teh hijau adalah salah satu minuman sihat dan sesuai untuk semua. Ia mempunyai sejumlah besar antioksidan semulajadi yang dipanggil catechin yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dan juga menaikkan kadar pembakaran lemak dalam badan seseorang.
Tips: Minum secawan atau dua teh hijau sejam sebelum makan, supaya badan anda dapat mencerna makanan dengan lebih baik, menghilangkan toksin dan radikal bebas dengan lebih cekap.
Nota: Kekalkan hidrasi badan dengan minuman teh hijau (99% air, tanpa susu dan gula).
4. Senaman kardio juga penting!
Senaman kardio adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina anda. Kardio tidak semestinya perlu berlari ya. Banyak aktiviti lain yang anda boleh lakukan contohnya, berenang, berbasikal, menari dan sebagainya.
Anda boleh membakar kalori dan menonjolkan otot-otot pada badan, sekaligus perut pun boleh kempis. Terutamanya bila anda makan banyak, inilah masanya untuk bakar kembali lemak yang terkumpul dalam badan!
Tips: Seminggu sekali bolehlah melakukan senaman kardio ini sama ada bersama rakan-rakan atau seorang diri di rumah, boleh jogging di kawasan taman perumahan, pergi kelas menari dan sebagainya. Seminggu sekali pun sudah mencukupi!
5. Bersederhana ketika makan terutamanya ketika makan buffet. Hanya ambil makanan kegemaran sahaja.
Bila cakap pasal buffet iaitu makanan yang mempunyai lebih dari 10 jenis pilihan untuk dijamah, nafsu makan memang akan naik mendadak bila nampak makanan yang sedap terhidang.
Oleh itu, makanlah secara sederhana. Ini akan membendung tabiat makan berlebihan dan juga membantu anda mengekalkan diet dalam jangka panjang tanpa ada rasa patah semangat.
Tips: Sebaiknya, anda hanya perlu mengambil makanan kegemaran sahaja ya untuk mengelakkan makan secara berlebihan dan pembaziran!
Makan banyak tanpa rasa bersalah dengan secawan Lipton Pure Green Tea!
Dapatkan maklumat lanjut mengenai minuman berkhasiat Lipton Pure Green Tea di laman web rasmi Lipton
Satu cawan teh hijau (200ml, tanpa susu dan gula) yang mengandungi jumlah flavonoid yang sama seperti memakan 144 bahagian brokoli yang dimasak atau 16 buah epal merah!
Mudah didapati di seluruh Malaysia, nikmati gaya hidup sihat sambil memanjakan semua makanan kegemaran anda, bebas daripada rasa bersalah!