seismik
Seri Muka Bakar & 7 Lagi Resipi Kuih Talam Untuk Anda Yang Gemari Kuih Melayu Klasik
Semuanya senang nak dibuat!
Cover image via
MyResipi
Bahan B (Lapisan atas):
Sumber resipi: MyResipi
Sumber resipi: MyResipi
Sumber resipi: MyResipi
Sumber resipi: MyResipi
Sumber resipi: MyResipi
Sumber resipi: MyResipi
Sumber resipi: MyResipi
Sumber resipi: MyResipi
1. Kuih Tok Aji Serban
Image via MyResipi
Bahan-bahan:
Bahan A (Lapisan bawah):
- 2 cawan beras pulut (Rendamkan selama 2 jam)
- 2½ cawan santan cair
- ½ sudu teh garam
Bahan B (Lapisan atas):
- ½ cawan gula pasir
- ½ cawan gula merah
- ½ cawan air panas
(Gula pasir, gula merah dibancuh dengan air panas & ditapis) - 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
- ½ cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- ½ sudu teh garam
Cara-cara:
- Basuh dan tuskan pulut dan masukkan semua bahan A ke dalam loyang.
- Kukuskan sehingga masak.
- Lapikkan plastik di dalam loyang bulat yang lain bersaiz 8 inci.
- Tekan pulut yang dikukus tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan semula.
- Bancuhkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam mangkuk.
- Cakarkan sedikit permukaan pulut dengan garpu dan tuangkan adunan.
- Kukus lagi selama 30 minit.
- Sejukkan dan sedia dihidangkan.
Sumber resipi: MyResipi
2. Kuih Koleh Kacang
Image via MyResipi
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 1 cawan tepung kacang hijau
- ½ cawan gula pasir
- 1 sudu makan gula merah
- 2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
Bahan B (Serdak minyak):
- 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
Cara-cara:
- Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.
- Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
- Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.
- Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.
- Taburkan ke atas kuih dan potongkan.
- Sedia dihidangkan.
Sumber resipi: MyResipi
3. Kuih Talam Berlauk
Image via MyResipi
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu makan tepung ubi
- 2 sudu makan tepung gandum
- 3 cawan santan
- ½ sudu teh garam
- Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)
Bahan B:
- ½ ketul keladi (Dipotong dadu)
- 2 sudu makan udang kering
Bahan C (Hiasan):
- 2 biji cili merah (Dicencang)
- ½ cawan bawang goreng
- 1 pokok daun sup dan daun bawang (Diracik)
Cara-cara:
- Panaskan air di dalam pengukus dan sapukan minyak pada loyang 8 inci.
- Rebus keladi sehingga lembut dan tuskan.
- Campurkan semua bahan A kecuali minyak dan tapiskan ke dalam mangkuk.
- Masukkan bahan B ke dalam mangkuk tadi dan gaulkan rata.
- Tuangkan adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang sudah diletakkan dalam kukusan.
- Kukuskan adunan selama 30 minit.
- Sejukkan selama beberapa jam.
- Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.
- Sedia dihidangkan.
Sumber resipi: MyResipi
4. Bingka Gandum
Image via MyResipi
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum (Diayak)
- 1 cawan gula pasir
- 3 biji telur
- 1½ cawan susu cair
- 1 cawan air
- Sedikit marjerin (Bagi disapu pada loyang)
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 170°C menggunakan api bahagian atas dan bawah.
- Gaulkan semua bahan supaya sebati.
- Tapiskan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit marjerin.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20 minit.
- Bakar lagi menggunakan api bahagian atas sahaja selama 10 minit supaya nampak garing.
- Sejukkan dan potong.
- Sedia dihidangkan.
Sumber resipi: MyResipi
5. Kuih Kaswi Kelapa
Image via MyResipi
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung kanji ataupun ubi
- ½ sudu teh kapur kuih
- ½ biji kelapa parut
- Sedikit garam
- Sedikit minyak (Disapu pada loyang)
Bahan B (Air gula):
- 5 cawan air
- 1 cawan gula merah
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan (Dikoyak dan disimpul)
Cara-cara:
- Panaskan air di dalam pengukus.
- Ratakan sedikit minyak di dalam loyang bersaiz 7 inci.
- Masakkan bahan B di dalam periuk sehingga mendidih, kemudian tapiskan.
- Bancuh semua bahan kecuali kelapa parut dan garam, kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam loyang.
- Kukuskan selama 30 minit.
- Apabila kuih sejuk, potong menggunakan pisau plastik.
- Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.
- Lumurkan kuih yang dipotong bersama kelapa parut.
- Sedia dihidangkan.
Sumber resipi: MyResipi
6. Kuih Lapis
Image via MyResipi
Bahan-bahan:
- 1½ cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung jagung
- ¾ cawan gula
- 4 cawan santan
- Pewarna merah
- ½ sudu teh garam
- Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)
Cara-cara:
- Gaulkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak masak ke dalam mangkuk besar dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal (putih) dalam 1 bahagian lagi.
- 4. Panaskan air di dalam periuk kukusan dan sapukan minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci.
- Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan 1 senduk adunan asal (putih) dan kukus semula selama 5 minit.
- Lapiskan adunan merah dan asal (putih) berselang-seli sehingga adunan habis.
- Sejukkan dan potong.
- Sedia dihidangkan.
Sumber resipi: MyResipi
7. Kuih Talam Keladi Berlapis
Image via MyResipi
Bahan-bahan:
Bahan A (Lapisan bawah):
- ½ biji keladi (Dibuang kulit dan dipotong dadu)
- 1½ cawan santan cair
- ½ cawan tepung beras
- ½ cawan gula
- Sedikit garam
Bahan B (Lapisan atas):
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan pekat
- 1 sudu makan pes keladi
- 1 sudu teh pewarna unggu
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Rebus keladi dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.
- Gaulkan santan dan tepung beras supaya sebati. Tapiskan ke dalam periuk.
- Masukkan keladi dan gula ke dalam periuk tadi. Kacau di atas api sekadar naik wap.
- Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci yang sudah disapukan minyak.
- Kukuskan selama 20 minit. Cakarkan permukaan keladi dengan garpu.
- Campurkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam periuk.
- Masak di atas api sederhana sekadar naik wap dan tuangkan di atas
permukaan keladi yang sudah dicakarkan. - Kukuskan lagi selama 20 minit.
- Sejukkan selama beberapa jam dan potongkan.
Sumber resipi: MyResipi
8. Seri Muka Bakar
Image via MyResipi
Bahan-bahan:
Bahan A (Lapisan bawah):
- 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
- 1 cawan santan cair
- Sedikit garam
Bahan B (Lapisan atas):
- 1 cawan santan pekat
- ½ cawan air
- 5 helai daun pandan (Dikisar & ditapis)
- ½ sudu teh pewarna hijau
- ½ cawan gula pasir
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 biji telur
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Masukkan pulut, santan cair, dan garam ke dalam loyang.
- Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak.
- Sapukan minyak di dalam loyang bulat berukuran 8 inci yang lain.
- Tekan pulut yang sudah masak tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan
semula. - Masukkan semua bahan B di dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut di dalam loyang tadi.
- Kukuskan lagi selama 20 minit.
- Keluarkan loyang dari kukusan dan masukkan ke dalam oven. Bakar pada suhu 180ºC menggunakan api atas sahaja selama 20 minit ataupun nampak garing.
- Sejukkan dan potong kecil. Hidangkan.
Sumber resipi: MyResipi