seismik

Telur Ikan, Kerang Dan 8 Lagi Resipi Kerabu 'Special' Wajib-Cuba Minggu Ini

Kecur air liur dibuatnya!

Cover image via My Resipi

1. Kerabu Ikan Bilis Garing

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 labu bawang besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 biji manga muda
  • 5 biji cili api
  • 3 biji limau kasturi (Diambil perahannya)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.
  2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Hiriskan bawang besar dan bunga kantan.
  4. Buangkan kulit mangga muda dan cencang halus ataupun parut.
  5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
  6. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

2. Kerabu Nenas Berkacang

Image via My Resipi


Bahan-bahan:

  • 1 biji nanas (Sederhana masak)
  • 1 batang timun
  • 1 cawan kacang tanah (Digoreng)
  • 2 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
  • 1 sudu makan gula
  • 5 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu makan udang kering
  • (Cili merah, bawang merah, belacan dan udang kering ditumbuk bersama)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Buangkan kulit dan mata nanas. Potong kecil dan basuh.
  2. Belah dua timun dan hiriskan.
  3. Buang kulit kacang tanah dan tumbuk halus.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kemudian masukkan perahan limau kesturi.
  5. Gaul rata dan masukkan garam.
  6. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

3. Kerabu Telur Masin

Image via My Resipi


Bahan-bahan:

  • 3 biji telur masin
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 batang serai (Dihiris)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 sudu makan udang kering
  • 3 biji cili api
  • (Udang kering dan cili api ditumbuk kasar bersama)
  • 3 biji limau kasturi (Diambil perahannya)

Cara-cara:
  1. Rebus telur masin dan keluarkannya menggunakan sudu.
  2. Hiris telur masin kasar-kasar.
  3. Masukkan semua bahan kecuali limau kasturi ke dalam mangkuk dan gaulkan perlahan-lahan supaya sebati.
  4. Tuangkan perahan limau kesturi.
  5. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

4. Kerabu Bunga Kantan Wangi

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 4 kuntum bunga kantan
  • 3 sudu makan udang kering
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 biji cili hijau (Dihiris)
  • 5 biji limau kasturi (Diambil perahannya)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Hiris bunga kantan halus-halus.
  2. Basuh udang kering dan tumbuk halus.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan tambahkan perahan limau kasturi, gula dan garam.
  4. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

5. Kerabu Ulam Raja Halus

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1 ikat ulam raja  
  • ½ cawan kelapa parut
  • 2 sudu makan perahan limau kasturi
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili api
  • 4 biji bawang merah
  • 1 sudu makan udang kering
  • (Cili merah, cili api, bawang merah dan udang kering dikisar bersama)

Cara-cara:
  1. Basuhkan ulam raja dan potong halus.
  2. Goreng kelapa parut sehingga kekuningan sahaja.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  4. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

6. Kerabu Telur Ikan

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 500 g telur ikan tenggiri
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 5 biji limau kasturi (Diambil perahannya)
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji cili hijau (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Basuh dan tuskan telur ikan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Gorengkan telur ikan sehingga masak dan sedikit garing.
  3. Angkat telur ikan dan potong kecil.
  4. Hiris daun kunyit halus-halus.
  5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul perlahan-lahan supaya sebati.
  6. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

7. Kerabu Pucuk Ubi

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk ubi
  • 1 cawan kelapa muda (Diparut)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji limau kasturi (Diambil perahannya)
  • 4 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 inci cekur
  • 5 biji cili api
  • 4 biji bawang merah
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • (Cekur, cili api, bawang merah dan ikan bilis ditumbuk bersama)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Asingkan daun pucuk ubi daripada tangkainya. Rebuskan dengan air yang bercampur minyak masak dan sedikit garam.
  2. Apabila lembut, tuskan. Kemudian hiriskan.
  3. Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga sedikit kering dan kekuningan. Kemudian tumbuk kasar.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  5. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

8. Kerabu Nangka Muda

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 2 keping nangka muda
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
  • 5 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Potong nangka kecil-kecil dan nipis. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Kemudian tuskan.
  2. Tumbuk udang kering dan lada hitam kasar-kasar.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  4. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

9. Kerabu Kerang

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1 kg kerang (Bersaiz besar)
  • 1 ikat pucuk paku hijau (Dipotong kasar)
  • 1 sudu makan kerisik  
  • ½ cawan santan pekat  
  • 3 biji limau kasturi (Diambil perahannya)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 10 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • Sedikit belacan
  • (Cili api, cili merah dan belacan dikisar bersama)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit.
  2. Tuskan dan ambil isi kerang sahaja
  3. Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  5. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

10. Kerabu Tempe

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1 keping tempe
  • 1 biji kentang  
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 4 biji tomato (2 tomato oren dan 2 tomato hijau)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 4 biji cili hijau (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Potong tempe kecil-kecil dan nipis. Gaulkan dengan sedikit garam dan goreng sehingga garing.
  2. Potong kentang kecil-kecil dan gorengkan sehingga garing.
  3. Ikan bilis dibelah dua dan digoreng garing.
  4. Potong tomato kecil-kecil.
  5. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar dan sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Minat masakan India? Cuba koleksi resipi ini:

Jangan lupa cuba resipi-resipi ini juga!