Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Kembali Untuk Edisi Kedua Di Dua Lokasi, Berkolaborasi Dengan MOTAC

AMFF 2026 tawar pengalaman festival budaya & kesihatan di Titiwangsa dan MAEPS.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta (AMFF) 2026

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta (AMFF) 2026 kembali untuk edisi kedua dengan skala lebih besar apabila Raydiates Blue Sdn Bhd (Raydiates) berkolaborasi dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Festival Budaya Malaysia 2026

Fasa pertama festival yang bertemakan "Kita Malaysia: Seni, Budaya & Citarasa" ini bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa bersempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Ia menggabungkan lebih 80 vendor yang difokuskan kepada gastronomi, seni dan budaya, muzik, kecantikan, gaya hidup, kecergasan, serta aktiviti komuniti. AMFF mengetengahkan lima pengalaman utama iaitu Taste Malaysia, Move Malaysia, Style Malaysia, Play Malaysia, dan Celebrate Malaysia.

Antara pengisian utama di Taman Tasik Titiwangsa termasuklah Foodie Fiesta, demonstrasi masakan, Cultural Jam, persembahan tradisional dan kontemporari, program kecergasan, serta aktivasi jenama menerusi kerjasama SimplySiti, Anytime Fitness, dan SimplyFit Zumba Malaysia Day.

SAYS.com
Image via Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta (AMFF) 2026

Kemuncak penganjuran fasa pertama ialah Malam Kita Malaysia pada 15 September 2026, sebuah mini konsert khas sempena Ambang Hari Malaysia, diikuti dengan SimplyFit Zumba Malaysia Day pada 16 September 2026.

Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal berkata, AMFF 2026 bertujuan memperkukuhkan peranannya sebagai platform yang menghubungkan makanan dengan budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia.

"AMFF bermula dengan makanan kerana ia antara penghubung paling kuat rakyat Malaysia. Tahun ini kami mahu membawa pengalaman itu lebih jauh di mana makanan, seni, muzik, gaya hidup dan komuniti menjadi satu identiti bersama," katanya.

Fasa kedua di MAEPS bersama MySihat Expo 2026

Perjalanan AMFF 2026 seterusnya akan diteruskan ke MAEPS, Serdang dari 9 hingga 11 Oktober 2026. Di MAEPS, Raydiates bekerjasama dengan rakan strategik seperti Moonman Event bagi MySihat Expo 2026, HUNTR Games Kuala Lumpur 2026, serta Event Lab di bawah Malaysia Strategic Development Institute (MSDI) bagi FRAGMANIA.

Gabungan ini mewujudkan ekosistem tiga hari yang mempertemukan 600 vendor makanan, kesihatan, kesejahteraan, sukan, kecergasan, hiburan, dan komuniti.

Penganjuran pada Oktober ini turut bertepatan dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober. Pengisian utama di MAEPS merangkumi Podcast Anjung Malaysiaku Sihat, konsert Indie Special Night, persembahan artis tempatan seperti Aina Abdul dan Didie Shazry, demonstrasi masakan, aktiviti kecergasan, serta product sampling.

Seluruh pengalaman di MAEPS membawa konsep "Eat, Move, Experience & Connect" bagi mewujudkan keseimbangan antara kesihatan, kesejahteraan, gaya hidup dan hiburan.

Pihak penganjur kini membuka penyertaan secara rasmi kepada vendor (booth dan food truck), penaja, jenama, rakan strategik, chef, pencipta kandungan, influencer, artis, bakat indie, penggiat budaya, serta komuniti kesihatan dan kecergasan untuk menyertai kedua-dua fasa penganjuran AMFF 2026.

SAYS.com
Image via Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta (AMFF) 2026

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: