Antos Pinnacles Tingkat Khidmat Brokerage LFSA, Ingatkan Pelabur Waspada Terhadap Scam

Antos Pinnacles turut menawarkan dagangan MetaTrader 5 menerusi AI.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Antos Pinnacles

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Antos Pinnacles, sebuah kumpulan kewangan global, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri perkhidmatan kewangan tempatan dan antarabangsa dengan menawarkan akses pasaran modal menerusi entitinya di Labuan yang dikawal selia di bawah perundangan perkhidmatan kewangan Malaysia

Beroperasi di bawah kawal selia Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) melalui lesen Money Broking (No. Lesen: MB/20/0053), Antos Pinnacles menyediakan kemudahan perdagangan pelbagai instrumen menggunakan platform MetaTrader 5.

Antos Pinnacles menegaskan komitmennya terhadap rangka kerja kawal selia yang telus, termasuk pematuhan kepada standard pengasingan dana pelanggan, audit, serta penyediaan pejabat fizikal dan pengurusan bertauliah di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Pengawasan kawal selia oleh LFSA memberikan tahap pengawasan yang jelas dan memastikan operasi syarikat mematuhi standard piawaian industri. Kami komited untuk menyediakan persekitaran perdagangan yang telus dan selamat kepada para pelanggan kami," kata jurucakap syarikat itu.

SAYS.com
Image via Antos Pinnacles

Berhati-hati ketika menilai sebarang peluang pelaburan

Di samping memperluas perkhidmatan brokerage berasaskan teknologi analitik kecerdasan buatan (AI) serta sokongan berbilang bahasa, Antos Pinnacles turut menggesa komuniti pelabur agar sentiasa bersikap berhati-hati ketika menilai sebarang peluang pelaburan.

Syarikat tersebut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan kadar pulangan yang tidak munasabah atau jaminan keuntungan tanpa risiko.

"Pelabur diingatkan supaya sentiasa menjalankan due diligence dan membuat semakan kendiri. Pengesahan status lesen dan maklumat entiti hendaklah dibuat secara terus menerusi daftar rasmi pengawal selia seperti LFSA atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bukannya sekadar bergantung kepada pautan atau maklumat yang dipaparkan di mana-mana laman web peribadi,"
tambah kenyataan itu lagi.

Selain beroperasi di Labuan, Antos Pinnacles turut mempunyai rangkaian operasi di beberapa bidang kuasa antarabangsa lain seperti Hong Kong, St. Vincent and the Grenadines dan Seychelles.

SAYS.com
Image via Antos Pinnacles

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS