seismik

Anwar Ibrahim Tak Akan Jadi PM?

Persoalan ramai sekarang adalah siapakah yang layak 'naik' menggantikan Tun M?

Cover image via South China Morning Post & Thesundaydaily

Kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, pada 23 Februari 2020 mengundang spekulasi ramai ramai pihak

Image via Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki pekarangan Istana Negara, petang tadi membuatkan ramai yang tertanya-tanya sekiranya akan ada perubahan kabinet dalam masa terdekat.

Dipercayai, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menemani Tun M ke Istana Negara, hari ini sekaligus mengesahkan telahan ramai bahawa akan ada satu perubahan besar dalam politik negara.

Dalam pada itu, turut dilaporkan media adalah mesyuarat politik yang diadakan serentak pada Ahad oleh parti-parti politik terdiri daripada parti pembangkang dan kerajaan

Memetik Astro Awani, kelima-lima mesyuarat politik tergempar yang diadakan ialah pertemuan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung di ibu pejabat parti itu.

Sementara di sebuah hotel yang tidak jauh dari ibu pejabat Bersatu, turut berlangsung pertemuan sejumlah pemimpin yang dipercayai dari kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam masa sama, semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) difahamkan bertemu di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat dengan Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Di celah-celah kesibukan mesyuarat politik dari gabungan pemerintah, dua parti politik pembangkang iaitu UMNO dan PAS juga difahamkan menganjurkan mesyuarat pada hari ini.

Susulan itu, ramai yang mula mengeluarkan spekulasi mengatakan bahawa harapan untuk melihat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri Kelapan bakal lenyap

Bahasa: 

"Jika khabar angin adalah benar, kepercayaan saya terhadap Pakatan Harapan dah punah. Saya tak kisah jika Anwar bukan Perdana Menteri sebab jelas dia tidak mahukan beliau. Tapi, jika dia mahu Azmin menjadi penggantinya, jelaslah bahawa dia tidak ambil peduli kepentingan negara. 

"Semuanya adalah mengenai kepentingan politiknya," tulisnya. 

Bahasa: 

"Saya tahu yang Tun M tidak akan berikan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar. Saya tak kisah pun itu sekarang sebab saya tak nampak sesiapa yang layak untuk jawatan itu. 

"Kita perlukan ketua yang bersih daripada skandal, rasuah dan apa-apa jenayah," tulisnya. 

Bahasa:

"Anwar mempercayai Tun M sama seperti saya mencintai orang yang sama bertahun lamanya dan mempercayai setiap perkara b***** yang dicakapkan serta tidak mempelajari apa-apa daripadanya," tulisnya. 

Sementara itu, Anwar turut mengatakan bahawa dia telah dikhianati melihatkan apa yang telah terjadi hari ini

Memetik laporan Malaysia Today, dia mengatakan bahawa  walaupun tiada pengumuman rasmi dilakukan namun pengkhianatan tersebut telah pun selesai. 

"Kami terkejut dengan apa yang berlaku hari ini, pada saya ini adalah satu pengkhianatan kerana janji telah pun dilakukan," katanya. 

Image via imgur.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: