"Apa Itu Fidyah?" - Info Penting & Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri Masing-Masing
Umat Islam wajib ambil tahu.
Sedar tak sedar, bulan Ramadan akan tiba beberapa hari saja lagi
Setuju atau tidak, masa berjalan dengan sangat pantas zaman sekarang. Rasanya baru saja kita menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, tiba-tiba dah nak masuk bulan puasa tahun baharu.
Tidak dinafikan, perasaan teruja itu pasti ada. Tetapi, sebelum menyambut bulan Ramadan, ada perkara yang lebih penting untuk kita langsaikan iaitu Fidyah.
Mungkin ada di antara kita terlepas pandang atau sengaja tidak ambil peduli tentang apa itu sebenarnya Fidyah.
Fidyah ialah denda dikenakan bagi seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tiba Ramadan tahun berikutnya
Hukum Fidyah adalah wajib dilangsaikan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika tidak ditunaikan, ia akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT.
Fidyah tidak dikenakan kepada sebarangan orang. Hanya golongan tertentu saja yang wajib membayar Fidyah.
Antaranya wanita hamil, orang yang telah meninggal dunia, ibu yang menyusukan anak, wanita uzur daripada menunaikan puasa wajib, musafir dan pesakit yang tidak menggantikan puasa pada tahun ia ditinggalkan serta golongan yang melambatkan ganti puasa.
Kadar Fidyah pula dikira berdasarkan kadar harga beras semasa iaitu sebanyak secupak. Tetapi, ia berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah setiap tempat atau negeri.
Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Berikut di bawah merupakan cara mengira kadar bayaran Fidyah:
Formula kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7 hari x RM4.00 = RM28.00
Formula kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
7 hari x RM4.00 x 3 tahun = RM84.00
Di sini kami kongsikan kadar bayaran Fidyah mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia untuk tahun 2022/2023:
Selangor
- RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 (ikut jenis beras) sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Bayaran online melalui https://www.zakatselangor.com.my/
Wilayah Persekutuan
- RM4.00 sehari
- Gandaan (pilihan atas kemampuan)
- Kalkulator online
- Bayaran online melalui www.zakat2u.com.my
Kedah
- RM1.80 sehari
- Gandaan (pilihan atas kemampuan)
- Kalkulator online
- Bayaran online melalui www.maik.gov.my/e-fidyah
Melaka
- RM1.80 sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Bayaran online melalui https://ebayar.melaka.gov.my/
Perak
- RM1.90 sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Bayaran online melalui https://fidyah.maiamp.gov.my/
Negeri Sembilan
- RM1.90 sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Bayaran online melalui https://www.zakatns2u.biz/fidyah
Perlis
- RM5.00 sehari
- Pindahan nombor akaun BIMB (090 100 1000 2497)
Terengganu
- RM1.75 sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Pindahan nombor akaun BIMB (1301 7010 056 952)
- Nama: Sumber Am / Baitulmal
Johor
- RM1.75 / RM3.25 (ikut jenis beras) sehari
- Gandaan
- Tiada kalkulator & bayaran online
Pulau Pinang
- RM1.75 sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Bayaran online & kaunter melalui https://zakatpenang.com/kaedah-bayaranzakat/
Pahang
- RM1.75 sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Bayaran online melalui https://zakatpahang.my/fidyah/
Kelantan
- RM1.75 sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Bayaran online melalui https://zakat.e-maik.my/v8/fidyah.php
Sarawak
- RM1.75 sehari
- Gandaan
- Tiada kalkulator & bayaran online
Sabah
- RM1.75 sehari
- Gandaan
- Kalkulator online
- Pindahan nombor akaun MAYBANK (5601 4868 5147)
- Nama: Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda untuk lebih cakna tentang cara bayar Fidyah. Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak buat semua umat Islam! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!