Arsenal Kini Juara Liga Perdana Inggeris Musim 25/26, Tamatkan Kemarau 22 Tahun

Arsenal kini telah memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Arsenal kini sah bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim 26/26 selepas keputusan seri dengan Manchester City menentang AFC Bournemouth

Keputusan seri 1-1 Manchester City menentang AFC Bournemouth pada malam Selasa menyebabkan pasukan di tangga kedua itu ketinggalan empat mata daripada tempat pertama dalam carta Liga Perdana, sekali gus menutup peluang untuk mengejar Arsenal pada perlawanan terakhir musim ini.

Menerusi laporan Premier League, kejayaan Arsenal menutup cerita duka selepas tiga musim berturut-turut menamatkan musim sebagai naib juara, termasuk pada 2023/24 apabila Manchester City memintas untuk merangkul kejuaraan dengan jurang dua mata.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menjadi bekas pemain Liga Perdana pertama yang memenangi trofi tersebut sebagai pengurus. Beliau mengambil alih pasukan The Gunners pada Disember 2019, setelah bermain untuk kelab terbabit antara 2011 hingga 2016.

Arsenal kini telah memenangi empat gelaran Liga Perdana, meletakkan mereka dua di hadapan Liverpool dan hanya satu di belakang Chelsea.

Merentasi sejarah penuh liga utama Inggeris, Arsenal kini telah direkodkan kejuaraan sebanyak 14 kali, di belakang Liverpool dan Mancheter United, yang kedua-duanya telah memenangi gelaran sebanyak 20 kali.

SAYS.com
Image via Arsenal

Arsenal tamatkan penantian 22 tahun untuk kembali bergelar juara

Kali terakhir Arsenal memenangi liga adalah pada musim 2003/04, 22 tahun yang lalu.

Diterajui oleh Patrick Vieira, kapten terakhir yang menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada 2003/04, skuad Arsenal ketika itu turut dibarisi bintang hebat seperti Ashley Cole, Sol Campbell, Dennis Bergkamp, dan pemenang Kasut Emas dengan 30 gol, Thierry Henry.

Gelaran 'The Invincibles' diberikan kepada skuad tersebut selepas kekal tidak mengalami kekalahan sepanjang kempen liga pada kesemua 38 perlawanan. Mereka mengumpul 90 mata, hasil daripada 26 kemenangan dan 12 seri.

Arsenal telah memenangi lima Piala FA dan enam Perisai Komuniti FA sejak tahun 2004, tetapi mengalami kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris sehingga ianya berakhir musim ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS