AurumLX Sasar Aspirasi Satu Keluarga Satu Gram Emas, Buka Platform Simpanan Serendah RM10

Kerjasama NMIM dan SIRIM, AurumLX perkukuh standard ketulenan serta pengurusan emas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via AurumLX (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aurum79 Sdn. Bhd. menerusi jenama AurumLX menyasarkan untuk membudayakan amalan pemilikan emas dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi aspirasi "satu keluarga satu gram emas" sebagai langkah awal membina simpanan jangka panjang sehingga mampu memiliki satu kilogram (kg) emas

Pengarah Eksekutif AurumLX, Muhamad Afif Mohamad berkata, matlamat tersebut bukan sekadar menggalakkan orang ramai membeli emas, sebaliknya membentuk budaya menyimpan aset bernilai secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Menurut beliau, pemilikan emas tidak lagi terhad kepada golongan berpendapatan tinggi kerana orang ramai boleh memulakan simpanan dengan nilai serendah RM10 sebelum menambah pegangan secara konsisten sehingga mencapai sasaran jangka panjang.

"Hasrat kami ialah melihat setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya satu gram emas sebagai permulaan. Apabila amalan itu diteruskan secara konsisten, sasaran untuk mengumpulkan sehingga satu kilogram emas pada masa depan bukan lagi sesuatu yang mustahil," katanya.

Beliau ditemui pada majlis Pengiktirafan Syariah dan Penyerahan Sijil Kecekapan Pematuhan Pengukuran Ketulenan Emas oleh National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) baru-baru ini.

Turut hadir Penasihat Syariah Aurum79 Sdn. Bhd., Dr. Mohd Shahid Mohd Noh.

SAYS.com
Image via AurumLX (Facebook)

Platform digital, pengesahan NMIM dan kerjasama SIRIM

Afif berkata, bagi menyokong matlamat itu, AurumLX membangunkan platform digital yang membolehkan pelanggan membeli, menyimpan dan mengurus emas fizikal pada bila-bila masa, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai rakyat memiliki aset tersebut tanpa memerlukan modal yang besar.

Menurut beliau, syarikat bukan sahaja mahu meningkatkan pemilikan emas dalam kalangan masyarakat, malah memastikan setiap produk yang ditawarkan memenuhi standard kualiti, ketulenan dan tadbir urus yang diyakini pengguna.

"Kami memberi penekanan kepada aspek kualiti emas. Sebab itu kami bekerjasama dengan NMIM bagi memperkukuhkan kompetensi dalam pengesahan ketulenan emas. Kepercayaan pelanggan perlu dibina melalui pematuhan terhadap standard yang tinggi," katanya.

Beliau berkata, AurumLX turut menjalinkan kerjasama dengan SIRIM bagi memastikan setiap gram emas yang ditawarkan memenuhi piawaian dari segi mutu dan berat, selain merancang menubuhkan makmal pengujian emas sendiri bagi memperkukuhkan proses pengesahan ketulenan pada masa hadapan.

Selain aspek kualiti, katanya, syarikat memberi penekanan kepada pendidikan pengguna supaya masyarakat memahami konsep pemilikan emas yang sebenar dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tawaran pelaburan yang meragukan.

"Setiap pelaburan memang ada risikonya. Jadi kalau ada syarikat yang memberi jaminan 100 peratus dan menjanjikan keuntungan, itu sudah menjadi satu 'red flag' yang perlu diberi perhatian serta tidak mendedahkan diri kepada penipuan," katanya.

SAYS.com
Image via AurumLXImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: