Awas! Google Denda Peniaga Yang Bagi Ganjaran Kepada Pelanggan Untuk Review
Take note para peniaga!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemilik perniagaan perlu berfikir dahulu sebelum menawarkan diskaun, hadiah atau ganjaran kepada pelanggan yang membuat ulasan Google
Sebuah video perkongsian pencipta kandungan @eddie_yiming telah mengingatkan pemilik perniagaan bahawa menawarkan ganjaran sebagai pertukaran untuk ulasan Google boleh mengakibatkan penalti daripada Google.
Peringatan ini datang kerana banyak perniagaan di Malaysia, terutamanya kedai makanan dan minuman, biasanya menawarkan diskaun, barangan percuma, baucar atau insentif lain kepada pelanggan yang meninggalkan ulasan lima bintang di Google.
Menurut polisi Google, walaupun perniagaan dibenarkan untuk menggalakkan pelanggan meninggalkan ulasan, ulasan untuk insentif dan bentuk manipulasi ulasan lain adalah dilarang.
"Saya berkongsi perkara ini kerana saya melihat ramai pemilik perniagaan masih melakukannya, jadi sila kongsikan jika anda perasan, kerana saya percaya banyak tempat tidak menyedari perkara ini dan ia bukanlah sesuatu yang menyenangkan untuk melihat mereka dihukum," kata Eddie Tan, yang juga pengasas Cake Tella.
Menurut Google Maps User Generated Content Policy, ulasan dan rating harus mencerminkan pengalaman pelanggan yang tulen dan mestilah tidak berat sebelah.
"Google memandang serius 'Kandungan Palsu & Mengelirukan'. Sumbangan kepada Google Maps harus mencerminkan pengalaman tulen di sesuatu tempat atau perniagaan, dan ulasan atau rating harus mencerminkan pengalaman sebenar dengan perniagaan, tulen dan tidak berat sebelah," kata syarikat itu dalam polisinya.

Google secara jelas melarang perniagaan daripada menawarkan insentif seperti pembayaran, diskaun, barangan percuma atau perkhidmatan sebagai pertukaran untuk ulasan, mengubah ulasan atau memadam maklum balas negatif
Syarikat itu juga tidak membenarkan perniagaan untuk mendapatkan ulasan positif secara selektif, tidak menggalakkan ulasan negatif atau menekan pelanggan untuk meninggalkan ulasan semasa berada di premis.
Ulasan yang dibayar atau dipengaruhi oleh ganjaran termasuk dalam apa yang digambarkan oleh Google sebagai "Manipulasi Rating" dan boleh dialih keluar daripada platformnya.
Perniagaan yang didapati melanggar dasar ini boleh menghadapi pelbagai tindakan penguatkuasaan, termasuk pemadaman ulasan, sekatan sementara untuk menerima ulasan baharu, notis amaran yang dipaparkan pada profil dan penalti lain yang mempengaruhi Google Business Profile mereka.
Pemilik perniagaan digalakkan untuk meminta ulasan secara beretika, tanpa menawarkan insentif atau cuba mempengaruhi penilaian atau kandungan maklum balas pelanggan.
Google telah menggalakkan orang ramai untuk melaporkan perniagaan yang menawarkan insentif untuk ulasan atau memberi tekanan kepada pelanggan untuk meninggalkan ulasan, kerana amalan sedemikian melanggar polisi Google Maps.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via