Ayam Brand Lancar Tiga Perisa Baharu Ayam Carik, Tawar Pilihan Hidangan Pantas & Enak
Dengan penambahan ini, rangkaian Ayam Carik kini menawarkan lima pilihan perisa secara keseluruhan.
Cover image via Ayam Brand MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ayam Brand™, jenama makanan yang sinonim dengan produk berkualiti, terus memperluaskan rangkaian produknya dengan melancarkan tiga perisa baharu bagi siri Ayam Brand™ Ayam Carik (Pulled Chicken) iaitu Sos Teriyaki, Sos Gochujang Korea Pedas dan Lada Hitam
Pelancaran rasmi produk baharu ini disempurnakan di Jaya Grocer, Sunway Pyramid, bersempena dengan penganjuran perayauan (roadshow) enam hari yang berlangsung dari 1 hingga 6 September 2026.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan Ayam Brand™ dalam menawarkan pilihan hidangan yang memenuhi gaya hidup moden tanpa mengorbankan rasa.

Ayam Carik Ayam Brand kini boleh didapati di Jaya Grocer dan cawangan terpilih di seluruh negara.
Image via Ayam Brand MalaysiaSiri Ayam Carik direka khas bagi memudahkan penyediaan hidangan harian yang versatil sesuai dipadankan bersama nasi, mi, roti, burger, sandwic, mahupun salad:
- Sos Teriyaki: Menggabungkan cita rasa manis dan savuri yang amat sesuai dijadikan inti sandwic atau sajian berasaskan nasi dan mi.
- Sos Gochujang Korea Pedas: Menampilkan keunikan cita rasa Korea dengan sentuhan pedas yang menyelerakan.
- Lada Hitam: Menggunakan lada hitam berkualiti tinggi dari Sarawak yang terkenal dengan aroma dan rasa berempah yang terserlah.
Tawaran eksklusif & aktiviti menarik di Sunway Pyramid
Sepanjang tempoh roadshow di Jaya Grocer, Sunway Pyramid, para pengunjung berpeluang menikmati sesi pensampelan produk, aktiviti interaktif, serta ganjaran pembelian eksklusif:
- Pembelian RM20 ke atas (termasuk sekurang-kurangnya 1 tin Ayam Carik): Menerima Beg Makan Tengah Hari Eksklusif Ayam Brand™ secara percuma.
- Pembelian RM30 ke atas (termasuk sekurang-kurangnya 1 tin Ayam Carik): Menerima Beg Makan Tengah Hari Eksklusif serta penyertaan dalam Stack Challenge untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Nota: Semua ganjaran tertakluk kepada terma, syarat, dan ketersediaan stok
Dengan penambahan ini, rangkaian Ayam Carik kini menawarkan lima pilihan perisa secara keseluruhan. Produk baharu ini boleh didapati di cawangan Jaya Grocer serta pasar raya terpilih di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


