Ayam Brand Perkasa Tabiat Pemakanan Sihat Murid Sekolah Melalui Kempen #AyamBersamaMu
Kempen itu melibatkan penyertaan 10 buah sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung Malaysia.
Cover image via Ayam Brand MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama makanan terkenal tanah air, Ayam Brand, berjaya melengkapkan siri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terbaharunya menerusi kempen #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan yang melibatkan penyertaan 10 buah sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung Malaysia
Selain memperkasakan murid sekolah mengenai kepentingan gaya hidup sihat, inisiatif kemasyarakatan itu turut menyantuni lebih 700 penerima manfaat menerusi agihan sumbangan bekalan makanan kepada 20 buah rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negara.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, pendekatan program berasaskan sekolah itu menggabungkan elemen pendidikan pemakanan, aktiviti penyediaan hidangan secara praktikal, serta amalan kelestarian bagi memupuk kesedaran awal dalam kalangan kanak-kanak mengenai tabiat pemakanan seimbang dan penjagaan alam sekitar.
Beliau berkata, usaha menyemai masa depan yang lebih sihat bukan sekadar menyediakan makanan berkhasiat semata-mata, sebaliknya menjadikan proses pembelajaran mengenai pemakanan dan penyediaan makanan sesuatu yang menyeronokkan agar tabiat baik tersebut terus diamalkan sehingga mereka dewasa.

Pengisian utama kempen #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan:
- Sesi Ceramah Kesihatan Interaktif: Dikendalikan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya bagi memperkenalkan konsep pemakanan seimbang "Suku-Suku Separuh" anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Pendedahan Nutrien Penting: Murid didedahkan mengenai kepentingan nutrien utama seperti protein dan Omega-3 yang terkandung dalam produk Ayam Brand bagi menyokong tumbesaran serta kesihatan menyeluruh.
- Praktikal Penyediaan Makanan: Menerusi kelas Kemahiran Hidup, para pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan menyediakan sendiri menu ringkas dan berkhasiat seperti sandwic ayam carik, wrap ayam carik, dan nasi ayam carik Teriyaki.
ㅤ
Dengan selesainya pelaksanaan aktiviti di kesemua 10 sekolah serta penyaluran bantuan makanan kepada 20 pusat kebajikan terlibat, Ayam Brand komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan komuniti serta melahirkan generasi muda yang sihat dan peka terhadap kelestarian alam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


