Azeem Fahmi Rangkul Emas Acara 100 Meter Olahraga Asia Bawah 23 Tahun
Tahniah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelari pecut negara, Azeem Fahmi terus melakar kejayaan berjaya merangkul emas dalam kejohanan Asia bawah 23 tahun
Menerusi laporan Harian Metro, beliau yang juga pemegang rekod kebangsaan merangkul pingat emas acara 100 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun Asia 2026 di Ordos, China, semalam.
Azeem merangkul emas dengan catatan 10.17 saat (s), menewaskan wakil Iraq, Falah Hasan Al-Khazaali yang meraih perak menerusi catatan 10.21s, manakala gangsa menjadi milik pelari Qatar, Salah Nur I A Yunis dengan masa 10.23s.
Ia sekali gus mengesahkan sasaran yang diletakkan Azeem sebelum kejohanan bukan sekadar semata memburu catatan masa, malah mahu memburu kemenangan dan kedudukan podium.

Mara ke final selepas jadi yang terpantas di separuh akhir
Atlet berusia 22 tahun itu terlebih dahulu mengesahkan tempat di final selepas muncul antara pelari terpantas separuh akhir dengan catatan 10.15s.
Catatan 10.17s yang direkod di final membuktikan konsistensi Azeem musim ini selepas beliau bergelar juara dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2026 dengan masa 10.21s.
Kejayaan di Ordos itu turut hadir tepat pada masanya ketika Azeem sedang mempersiapkan diri menghadapi cabaran lebih besar pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, September depan, menjadi sasaran utamanya musim ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via