Azizulhasni Awang Sebak, Khidmat Masih Diperlukan KBS & MSN Untuk Olimpik LA28

Atlet tersebut sebelum ini berkongsi penjelasan sama ada khidmatnya masih diperlukan atau tidak di Sukan Olimpik LA28.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata kegembiraan ketika berkongsi berita khidmatnya masih diperlukan negara

Menerusi laporan perkongsiannya di laman sosial, pengesahan panggilan itu diterimanya selepas beliau membuka e-mel daripada KBS dan MSN sebaik selesai menjalani sesi latihan di trek.

Luahnya, penantian selama beberapa minggu itu memberi kesan besar terhadap dirinya sehingga menjejaskan tumpuan ketika menjalani latihan.

"Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos, Hari Kebangsaan ke-69. Saya baru buka e-mel di trek selepas sesi latihan selepas seminggu. Memang sepanjang minggu ini saya tidak boleh berlatih. Bila pergi berlatih, fikiran saya kosong.

"(Hari ini) Saya buka e-mel dan terima e-mel daripada KBS dan MSN bahawa mereka masih memerlukan khidmat saya. Saya tunggu sebelum saya ke Sukan Komanwel (Glasgow 2026) lagi dan Alhamdulillah, hari ini saya mendapat jawapan itu," katanya.

SAYS.com
Image via Facebook

Dedah tekanan yang perlu dilalui atlet ketika berkorban untuk negara

"Tidak semua orang memahami perasaan ini. Sekiranya tidak melaluinya, kamu tidak akan memahaminya. Hanya atlet sebenar, hanya yang betul-betul berkorban untuk negara sahaja yang faham bagaimana perasaannya," katanya.

Dalam pada itu, Azizulhasni turut menghargai sokongan rakyat Malaysia yang terus berdiri di belakangnya sepanjang melalui tempoh penuh tanda tanya itu.

"Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya tidak pernah minta seorang pun untuk menyokong atau membantu saya, tetapi saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tampil menyokong saya.

"Walaupun melalui teks dan komen, ia membawa makna yang besar dan impak yang besar. Terima kasih kepada semua yang berada di belakang saya. Alhamdulillah, syukur Allah bantu saya dan bantu semua," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: