BABA’S Bakal Edar Pek Nasi Bekwoh Percuma Buat Pengunjung Karnival Jom Heboh Di Kelantan!
BABA’S mencetuskan kehangatan rasa, BABA’S Rencah Hidupku!
Sebagai pengeluar serbuk Kari dan rempah ratus terkemuka di negara ini, BABA’S kembali lagi di acara karnival terbesar, Karnival Jom Heboh sebagai penaja utama
Selepas sambutan baik yang diterima di Pulau Pinang akhir Julai lalu, pihak BABA’S terus membuat keputusan untuk meneruskan kemeriahan acara ini di lokasi seterusnya, Kelantan!
Apa yang istimewanya Jom Heboh BABA’S di Kelantan? Sudah tentu pelbagai aktiviti, demonstrasi masakan, promosi tawaran menarik berserta cenderahati eksklusif BABA’S untuk anda yang berada di Kelantan!
Selain goodies bag istimewa yang mengandungi 8 jenis produk BABA’S berserta apron dan buku resipi yang boleh dibeli dengan harga RM10, paling menarik, BABA’S memilih untuk meraikan bersama ke semua pengunjung dengan mengedarkan Pek Nasi Bekwoh BABA’S!
Para pengunjung berpeluang dapatkan Pek Nasi Gulai Kawah BABA’S secara percuma!
Pertama kali dalam sejarah Karnival Jom Heboh, pengunjung bakal mendapat pek makanan secara percuma! BABA’S memulakan kempen ini di Pulau Pinang bersempena Hari Kari Malaysia BABA’S dengan hampir 12,000 Pek Nasi Kari diedarkan!
Keunikan ini diteruskan lagi oleh BABA’S, dengan membawakan tradisi masyarakat Kelantan, BEKWOH atau nama lainnya kenduri besar-besaran dengan edaran nasi gulai kawah, mengimbau kenangan pengunjung di musim kenduri-kendara! Pastinya ia menjadi tumpuan dan mendapat sambutan hangat.
Dengan matlamat utamanya untuk menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum menerusi satu rasa yang direncahkan oleh BABA’S, Pek Nasi Bekwoh BABA’S ini dimasak sepenuhnya menggunakan produk-produk keluaran BABA’S.
Semestinya produk BABA’S dijamin terbaik, bersih dan halal. Ia tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, penambah rasa dan pewarna malahan tiada MSG!
Diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti dari serata dunia, apa yang benar mengenai BABA’S ia sesuai untuk hidangan vegetarian.
Jadi kepada anda yang berada di Kelantan, Terengganu mahupun Pahang, meriahkan hujung minggu anda bersama keluarga dengan berkunjung di Karnival Jom Heboh BABA’S di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan bermula 7 September ini sehingga 9 September ini.
Pakat mari ramai-ramai ke Bekwoh BABA'S di Karnival Jom Heboh 2023 di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!