seismik

Babi Sesat Di Pondok Kelapa Sawit, Anjing Belaan Lelaki Ini Pula Jadi Hero Of The Day

Power ah anjing dia!

Cover image via @abang_oe (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan jika mempunyai kebun kelapa sawit, pasti akan adanya haiwan-haiwan yang tidak diingini

Sebagai contoh seperti ular, monyet liar mahupun babi hutan yang sesat di kebun. Sebagai inisiatif bagi mengelak kebun musnah daripada haiwan liar, ada yang membela anjing untuk dijadikan sebagai pengawal kebun.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial, apabila seorang lelaki berhadapan dengan seekor babi hutan yang sesat di pondok kebun kelapa sawit telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Babi hutan terkepung dengan anjing-anjingnya

Menerusi video yang di muat naik oleh @abangy_oe, kelihatan dia menunjukkan situasi ketika dia berhadapan dengan seekor babi hutan yang tersesat di pondok kebunnya.

Difahamkan, dia singgah di pondok untuk mengambil biji sawit yang telah dikutip. Tetapi, ada seekor babi hutan tersesat turut berada di tempat yang sama.

Disebabkan dia membela beberapa ekor anjing, anjing-anjingnya itulah yang membantunya untuk menghalau babi yang tersesat itu.

"Ada bela anjing ke? Baguslah, boleh tolong jagakan kebun dan rumah" -Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 263.4K views, 23.5K likes dan 251 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Part last sekali dah macam polis tengah kejar pencuri dah :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: