seismik

Selfie Lucah Dengan Bahulu 'Batang Hulu' Jadi Viral, Wanita Ini Buat Laporan Polis

Sekali dah masuk Internet, selama-lamanya akan ada dalam Internet.

Cover image via Forum Cari

Umum mengetahui, apa-apa informasi sekalipun pada zaman sekarang memang sangat mudah untuk disebarkan kepada khalayak ramai.

Kalau sesuatu itu lain daripada yang lain dan ada unsur kontroversi, lagilah cepat tersebar.

Image via playbuzz.com

Terbaru, satu selfie seorang wanita memegang kuih bahulu berbentuk zakar telah dikongsi secara meluas di laman sosial

Ini bahulu ke 'batang hulu'?

Image via Forum Cari

Maklumlah, zaman sekarang ini orang memang suka dengan benda-benda yang rare dan unik. Harus diakui, kuih bahulu berbentuk zakar ini sememangnya sukar ditemui.

Namun begitu, melihatkan kepada bentuknya yang tak ubah seperti kemaluan lelaki, ia mungkin tidak sesuai untuk dijual di pasaran Malaysia.

Seperti yang dijangka, gambar terbabit menerima kutukan yang agak dahsyat sebaik menjadi viral. Ramai menganggap tindakan selfie oleh wanita itu memang tak boleh diterima.

Menyedari gambarnya dikongsi secara berleluasa, wanita tersebut, Faridah Ulis atau dikenali sebagai Mamadot segera membuat laporan polis. Dia mendakwa penyebaran gambar itu telah mengaibkannya.

Pada Rabu, 17 Februari 2016, Faridah Ulis, 45, membuat laporan itu di Balai Polis Pusat Miri pada pagi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada sebelah petang.

Faridah mendakwa gambar itu disebarkan tanpa kebenarannya. Beliau memberitahu bahawa pada mulanya selfie berkenaan hanya bertujuan untuk dikongsi kepada rakan-rakannya di Facebook.

Walau bagaimanapun, ada dalang yang bertindak untuk menyebarkan gambar tersebut sehingga mengaibkan dirinya.

"Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran," jelas Faridah kepada Bernama.

Image via imgur.com

Katanya beliau berkongsi gambar itu dengan rakan Facebooknya dan bukan dengan mereka yang di luar daripada rangkaian sosial sahabatnya.

"Saya tidak mempunyai niat buruk apabila berkongsi selfie itu dengan rakan-rakan kerana ia untuk memberitahu mereka tentang bahulu itu. Ia unik, malah saya turut membelinya untuk rakan-rakan.

"Suami saya kecewa terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan pengguna internet yang mengkritik tindakan saya mengambil gambar dengan bahulu tersebut," katanya.

bernama.com

Faridah bagaimanapun berterima kasih kepada mana-mana pihak yang sentiasa menyokong dan mengambil berat terhadap dirinya

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda semua dah tengok iklan 'terlajak lucah' ini?

You may be interested in: