seismik

#Bajet2023: Golongan M40 Diberikan Pengurangan Cukai Sebanyak 2 Peratus

Alhamdulillah.

Cover image via RTM Klik & The Star

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ketika sesi pembentangan Bajet 2023 hari ini.

Jelas beliau, golongan B40 sering diberikan pelbagai bentuk bantuan sementara kumpulan pertengahan, M40 menunjukkan kesabaran mereka meski terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam. Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka.

Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

Gambar sekadar hiasan.

Image via iProperty

Kerajaan akan mengambil pendekatan yang progresif. Sementara M40 mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai, Kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta.

Namun, kurang daripada RM150,000 ribu pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi. Melalui pendekatan ini, langkah ini melibatkan pengurangan hasil cukai bersih Kerajaan sebanyak RM900 juta ringgit untuk manfaat rakyat khususnya M40.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: