seismik

#Bajet2024: Kerajaan Bakal Naikkan Kadar 'Cukai Perkhidmatan' Daripada 6% Kepada 8%

Begitupun, ia tidak membabitkan untuk makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Cover image via PARLIMEN MALAYSIA & TallyPress

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% mulai tahun depan

Namun, kenaikan itu tidak melibatkan sektor makanan, minuman dan telekomunikasi supaya tidak membebankan rakyat.

“Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia sebentar tadi.

Anwar berkata kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

“Kerajaan turut mempertimbangkan pengecualian Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti tawaran awam awal (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat ditetapkan,” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: