seismik

Restoran Di Singapura Ini Hidang 'Bak Kut Teh' Halal Untuk Orang Islam

Lazat sehingga ke titisan terakhir.

Cover image via Instagram @joyemichiyo

Pernah terfikir macam mana rasa Bak Kut Teh?

Bagi orang Islam, keenakan Bak Kut Teh semestinya tidak dapat dinikmati. Kita hanya mendengar tentang kelazatannya daripada rakan-rakan non-muslims sahaja.

Jadi bagaimana rasa sebenar Bak Kut Teh ya?

Image via giphy.com

Kalau betul-betul nak rasa, anda boleh pergi ke restoran milik keluarga ini di Singapura!

Image via OpenRice

Habib Family Restaurant ada menyediakan Bak Kut Teh Halal, khas untuk Muslim yang ingin mengetahui bagaimana rasa sebenar hidangan yang popular di kalangan masyarakat Cina ini.

Ehem, sebelum membuat spekulasi lebih lanjut, Bak Kut Teh yang disediakan di sini dijamin Halal dan suci untuk dimakan oleh orang Islam

Mungkin ada yang tertanya-tanya:

"Bukankah Bak Kut Teh itu sendiri bermaksud Sup Khinzir? Jadi, kalau ia melibatkan daging khinzir, macam mana pula ia boleh jadi Halal?"

Image via imgur.com

Glad you asked!

Untuk makluman, 'Bak Kut Teh' sebenarnya memberi maksud 'Sup Tulang Daging'.

Image via mothership.sg

Secara tradisional, lazimnya Bak Kut Teh dihasilkan dengan daging khinzir dan "bak" itu bermaksud "daging".

Namun bagi Habib Family Restaurant, mereka menukarkannya kepada daging lembu atau daging kambing. Seperti yang diterbitkan oleh Have Halal, Will Travel, restoran milik keluarga ini telah menghidang Bak Tuh Teh Halal Malaysian-style sejak 15 tahun lalu!

Chef berbangsa Cina di restoran ini mengekalkan ramuan Bak Kut Teh sebenar dengan menggunakan rempah tradisional yang kaya dengan perisa autentik

Maka terhasillah resipi Bak Kut Teh dengan daging lembut, diadun sebati di dalam kuah hitam pekat yang cukup lazat sehingga ke titisan terakhir.

Bak Kut Teh di sini disediakan bersama nasi putih dan sambal belacan, menjadikannya satu hidangan unik buat penggemar Bak Kut Teh tradisional

Lihat video penuh Have Halal, Will Travel di bawah:

Halal Bak Kut Teh In Singapore

This family run restaurant serves mouthwatering halal authentic bak kut teh Find more yummy eateries in Singapore at http://bit.ly/HHWTBkt

Posted by Have Halal, Will Travel on Friday, January 26, 2018

Sedikit info tentang Habib Family Restaurant:

Image via HungryGoWhere

Alamat: #01-194, 374 Bukit Batok Street 31, 650374 Singapore (sebelah MRT Bukit Gombak)

Waktu Operasi: 8am - 10pm setiap hari

Telefon: +65 65616976

Maklumat lanjut sila layari: Facebook | Instagram

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak lagi makanan Halal yang lazat di Singapura!

Nak travel ke Singapura secara bajet? Guna senarai ini!

Sebelum nak travel kenalah menabung dulu:

You may be interested in: