BAM Umum Rombakan Beregu Lelaki Negara Untuk 4 Kejohanan Terbuka BWF Asia Akan Datang

Buat yang terbaik semua!

Enlarge text
Cover ImageCover image via BAM & Yonex Sunrise Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai pasangan beregu lelaki baharu untuk beberapa kejohanan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) akan datang

Menerusi perkongsian BAM di laman sosial, pasangan beregu scratch pair baharu ini akan mula berganding pada kejohanan terbuka China, terbuka Taipei dan Terbuka Korea dengan penyertaan daripada empat gandingan mewakili negara.

Berikut adalah gandingan yang dihantar:

  • Aaron Chia/Aaron Tai
  • Man Wei Chong/Soh Wooi Yik
  • Tee Kai Wun/Yap Roy King
  • Wan Arif Wan Junaidi/Kang Khai Xing

Pasangan beregu lelaki negara akan dirombak semula pada kejohanan terbuka Jepun namun kali ini hanya 3 gandingan yang akan dihantar.

Berikut adalah gandingan yang dihantar:

  • Man Wei Chong/Soh Wooi Yik
  • Wan Arif Wan Junaidi/Yap Roy King
  • Kang Khai Xing/Aaron Tai

Dalam pada itu, Aaron Chia akan digandingkan bersama Tee Kai Wun semasa jelajah kejohanan di Eropah Oktober ini.

SAYS.com
Image via Yonex Sunrise Malaysia

Keputusan dilakukan hasil perbincangan antara jurulatih

Menurut Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky, perancangan pecahan beregu telah diputuskan hasil pertukaran pendapat antara jurulatih.

"Memang ada perbincangan, saya ada sedikit berikan pandangan kepada jurulatih beregu lelaki dan saya ada bertukar fikiran juga dengan Datuk Seri Lee Chong Wei.

"Kita punya player banyak yang bagus jugalah muda-muda, kenapa kita tak ada cuba untuk mix and match untuk pairing yang muda dengan yang lebih ada pengalaman," jelas Rexy.

Tambah Rexy, rombakan ini juga mempunyai matlamat untuk meletakkkan sasaran pada Sukan Olimpik 2028.

"Kita target sratch pair ini boleh membuat sesuatu nafas baru yang positif untuk kita boleh melihat ke depan bahawa di 2028 untuk memecah kebuntuan pingat emas di olimpik," katanya.

Lihat temu bual penuh Rexy di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS