Premier League Kini ‘Ban’ Iklan Judi Pada Jersi Kuat Kuasa Musim Depan
Peraturan tersebut akan berkuat kuasa bermula musim 2026/27.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (PL) musim 2025/26 malam tadi menjadi penanda berakhirnya pengiklanan syarikat judi pada seragam pasukan-pasukan di liga itu
Menerusi laporan Mirror, perkara ini akan melibatkan sejumlah kelab di PL melakukan perubahan besar-besaran pada kit masing-masing untuk musim hadapan di mana mulai musim 2026/27, kelab tidak lagi dibenarkan memaparkan logo syarikat perjudian pada baju mereka.
Pada musim ini, 11 kelab PL menjadikan syarikat perjudian sebagai penaja utama mereka, termasuk tiga pasukan yang sudah tersingkir ke Liga Championship, Wolves, Burnley dan West Ham.
Jenama perjudian, terutamanya yang berpangkalan di Asia, sanggup membayar sejumlah besar wang untuk menjamin pendedahan besar-besaran yang ditawarkan PL.
Kajian daripada Investigate Europe tahun lalu mendapati bahawa 296 daripada 442 kelab dalam liga teratas Eropah mempunyai sekurang-kurangnya satu rakan syarikat perjudian musim lalu, manakala kajian pada tahun 2023 mendapati bahawa logo syarikat perjudian muncul sehingga 3,500 kali semasa perlawanan disiarkan di televisyen.

Larangan ini telah diluluskan selepas mencapai undian majoriti pada April 2023
Walau bagaimanapun, ia tidak dimansuhkan secara berperingkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehinggalah berakhirnya musim ini di mana ia bakal dikuat kuasakan musim hadapan.
Dengan hanya beberapa bulan lagi sebelum larangan itu dikuatkuasakan, kebanyakan kelab yang terjejas dilihat masih belum mengumumkan penaja gantian.
Ia menimbulkan kemungkinan sesetengah kelab akan memulakan musim tanpa pengiklanan penaja di bahagian hadapan jersi di mana ia boleh menyebabkan kelab kehilangan pendapatan kolektif sehingga £80 juta, lapor The Guardian.

Berikut adalah senarai penaja utama pada bahagian depan kit pasukan PL musim 2025/26:
- Arsenal – Emirates (Penerbangan)
- Aston Villa – Betano (Perjudian)
- Bournemouth – bj88 (Perjudian)
- Brentford – Hollywood Bets (Perjudian)
- Brighton – American Express (Perbankan)
- Burnley – 96.com (Perjudian)
- Chelsea – IFS (AI)
- Crystal Palace – NET88 (Perjudian)
- Everton – Stake.com (Perjudian)
- Fulham – SBOTOP (Perjudian)
- Leeds – Red Bull (Jenama minuman)
- Liverpool – Standard Chartered (Perbankan)
- Manchester United – Snapdragon (Teknologi)
- Man City – Etihad Airways (Penerbangan)
- Newcastle – Sela (Hiburan)
- Nottingham Forest – Bally's (Perjudian)
- Sunderland – W88 (Perjudian)
- Tottenham – AIA (Insurans)
- West Ham – Boyle Sports (Perjudian)
- Wolves – DEBET (Perjudian)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via