Bangunan Restoran Village Park Berjaya Dilelong Pada RM6.8 Juta, Dibida 14 Orang
Difahamkan, bangunan tersebut menerima penyertaan seramai 14 orang pembida.
Cover image via Selangor Auction Property (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bangunan perniagaan tiga tingkat setengah yang menempatkan restoran terkenal, Village Park, dilaporkan berjaya dilelong pada harga RM6.8 juta

Menerusi hantaran yang dimuat naik Selangor Auction Property di Facebook, sebelum ini, pada akhir Ogos lalu, bangunan berkenaan dilaporkan akan dilelong pada 1 Oktober.
Menurut perkongsian itu, bangunan perniagaan berkeluasan 1,650 kaki persegi berkenaan telah menarik penyertaan seramai 14 orang pembida
Pemenang akhirnya berjaya mendapatkan bangunan tersebut pada harga RM6.8 juta.
Walau bagaimanapun, peminat nasi lemak Village Park tidak perlu gusar kerana perniagaan berkenaan masih beroperasi seperti biasa.
Lihat posting di bawah:
https://www.facebook.com/share/p/1EXCcAePTQ
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


