Bantu 112 Anak Yatim & Asnaf, Diva M Tawar Khidmat Gunting Rambut Percuma Di Salun

Penawaran berkenaan terbuka secara berterusan selagi salun tersebut beroperasi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via DIVA M (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di sebalik pelbagai kecaman dan pandangan serong berhubung kisah silam serta penampilannya, usahawan dan pempengaruh Diva M memilih untuk terus konsisten melakukan kebaikan menerusi amalan berkongsi rezeki pada setiap hari Jumaat

Diva M, atau nama sebenarnya Mohd Muzakir, bersama barisan kakitangan Diva Hair Salon baru-baru ini meluangkan masa menyantuni 112 penghuni Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras bersempena dengan musim cuti sekolah.

Kunjungan berkenaan diisi dengan sajian hidangan makan tengah hari dan pencuci mulut yang dinikmati bersama penghuni, sebelum mereka menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.

Diva M menegaskan bahawa inisiatif kebajikan ini dibuat mengikut kemampuannya dan bukan berhasrat untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap perjalanan hidupnya. Beliau menjelaskan bahawa jika ada kesempatan dan rezeki, hari Jumaat dijadikan waktu khas untuk berkongsi bersama mereka yang memerlukan tanpa perlu menunggu menjadi kaya.

Sebelum ini, pasukannya pernah mengadakan program kebajikan di masjid serta Rumah Seri Kenangan Cheras bagi menyediakan khidmat gunting rambut percuma kepada warga emas.

SAYS.com
Image via DIVA M (Facebook)

Tawar khidmat gunting rambut secara percuma kepada kesemua 112 penghuni Rumah Kasih Harmoni

Selain menyediakan jamuan makan, Diva M turut mengumumkan tawaran khidmat gunting rambut secara percuma kepada kesemua 112 penghuni Rumah Kasih Harmoni di premisnya, Diva Hair Salon yang terletak di Kota Damansara. Penawaran berkenaan terbuka secara berterusan selagi salun tersebut beroperasi.

Pengetua Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Jamaluddin Wahab, melahirkan rasa penghargaan atas kesudian Diva M menyantuni anak-anak di rumah berkenaan. Beliau menyatakan bahawa tawaran khidmat gunting rambut percuma tersebut amat bermakna dalam membantu menampung keperluan harian penghuni dari semasa ke semasa.

Sebagai rekod, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras yang ditubuhkan sejak tahun 2007 kini menempatkan seramai 112 penghuni berusia antara satu hingga 17 tahun, merangkumi 61 anak lelaki dan 51 anak perempuan yang terdiri daripada golongan anak yatim, yatim piatu, serta asnaf.

SAYS.com
Image via DIVA M (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: