Bantu Pemuda 24 Tahun Azzri Fickri Kumpul RM250,000 Untuk Lawan Kanser Tulang
"My right side was completely paralyzed for 2 weeks and now I'm in great pain due to multiple tumors on my spine," luah Azzri.
Siapakah Azzri Fickri?
Azzri Fickri bin Md Yusslin berumur 24 tahun merupakan seorang graduan jurusan perniagaan di UiTM Puncak Alam, Selangor.
Walaupun masih muda, Azzri Fickri telah menghidap penyakit kanser tulang yang serius sejak lebih kurang empat tahun lalu
Tahap kesihatan Azzri Fickri kini semakin tenat memandangkan penyakit kanser yang dihidapinya bertambah buruk dari masa ke semasa. Sel-sel kanser itu telah merebak ke bahagian tulang belakang, hati, bahagian tulang yang lain dan juga ke otaknya. Azzri kini lumpuh sepenuhnya di bahagian kanan badan, manakala hanya bahagian kanan paru-parunya yang masih berfungsi.
Apa itu kanser tulang?
Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utama tulang adalah sebagai rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati.
Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca dari organ-organ lain dan merebak ke tulang (contoh: dari kanser payu dara, paru-paru dan kelenjar prostate).
Kanser tulang sekunder adalah kanser yang berpunca dari kanser sel yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan boleh menyerang ke semua tulang yang lain.
Lebih teruk lagi, rawatan Chemotherapy kini tidak lagi memberi tindak balas kepada tumor kanser Azzri
Namun begitu, masih ada harapan untuk Azzri. Azzri perlu menjalani rawatan 'The Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV)' untuk kembali pulih.
Rawatan HITV merupakan satu rawatan di mana sel imun dari pesakit dikulturkan di dalam makmal untuk dijadikan sel dendrite dan kemudiannya disuntik semula ke dalam badan pesakit.
hitvlab.comMenurut doktor, terdapat 80% peluang untuk
badan Azzri memberi tindak balas positif terhadap rawatan HITV itu. Tetapi ia bakal menelan kos yang besar iaitu sebanyak RM250,000.
HITV merupakan langkah terakhir yang dapat menyelamatkan Azzri dan menurut doktor, rawatan ini tidak akan meninggalkan kesan sampingan.
Harapan terakhir Azzri adalah untuk sentiasa berada di samping isteri tercinta serta melihat 3 orang adik perempuannya membesar dan berjaya dalam hidup
Selain itu, Azzri juga berharap untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan karibnya.
Salah seorang rakan karib Azzri, Finn Tan telah menghasilkan satu video bagi membantu Azzri mendapatkan dana untuk membantunya menjalani rawatan HITV tersebut
Finn juga telah menubuhkan 'Azzri Fickri's Cancer Fund' di laman web youcaring.com sebagai satu usaha mengutip dana dari orang ramai di UK yang telah mendapat sebanyak £2,584 (RM14,016) buat masa sekarang
Selain itu, UiTM Puncak Alam turut menyebarkan berita tentang kutipan dana untuk Azzri
Harapan untuk Azzri kembali sembuh kini terletak pada sumbangan ikhlas kita semua. Sumbangan dana kanser Azzri boleh dibuat melalui 3 akaun di bawah:
Akaun Maybank:
Azzri Fickri b M. Yussli
1124-8213-7877
M.Yussli Yusoff
5120-4431-7341
Akaun CIMB:
Azah Hassan
7014-94-8002
Baca catatan penuh Azzri Fickri melalui Facebook tentang kehidupan yang perlu dihadapinya sekarang: