seismik

Bapa Bersama Bayi Dua Bulan Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Rumah

Cover image via safetypartnersltd.com

Seorang bapa dan anak lelakinya yang berusia baru dua bulan maut selepas terkena renjatan elektrik di rumahnya di Kampung Chodoi, Banting

Mangsa dikenali sebagai Mohd Amir Jiran, 45, manakala nama bayi tidak dapat dikenal pasti.

bernama.com

Ketua Balai Bomba Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 3.39 petang dan jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian

"Menurut saksi, renjatan elektrik itu dipercayai berpunca daripada kipas di rumah baru mangsa yang masih dalam pembinaan, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar" kata Jaslizad.

bernama.com

Beliau menambah kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai rumah itu ketika bomba tiba di tempat kejadian.

Menurutnya lagi, pasukan perubatan kemudian mengesahkan Mohd Amir meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia ketika sedang diberi rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

Lagi kisah menyayat hati, KLIK SINI:

You may be interested in: