seismik

Kejam! Bapa Tarik, Lastik Kemaluan, Dan Rendam Kepala Anak Dua Tahun Sampai Mati

Kanak kanak dua tahun meninggal dunia diseksa bapa tirinya.

Cover image via dw.com

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah didera dengan kejam sehingga mati oleh bapa tirinya di Riau, Indonesia

Syawaludin ditangkap polis.

Image via detik.com

Kejadian tragik ini bermula apabila Syawaludin Alias ditangkap setelah menganiaya anak tirinya, Daffa Rafiqi yang berumur 2 tahun sehingga meninggal dunia.

Beliau berkelakuan sedemikian kerana isterinya masih berhubungan dengan bekas suami.

Bapa tirinya itu telah mendera mangsa di bilik mandi semasa mangsa sedang membuang air besar dengan mengambil gayung dan memukul punggung, muka, dan mulut mangsa

Menurut laporan detik.com, Daffa Rafiqi meninggal dunia setelah mengalami luka dan lebam di bahagian bibir, tangan kiri, kemaluan, dan luka gigit di bahagian perut mangsa.

Selain itu, Syawaludin juga bertindak merendam kepala mangsa ke dalam baldi, dan melastik mangsa dengan menggunakan getah tayar berdasarkan kesan lebam yang ditemui di bahagian badan kanak-kanak itu. Syawaludin turut memukul Daffa setiap kali Daffa Menangis.

Lebih kejam, suspek dilapor telah melastik kemaluan anak tirinya itu sebelum meramas dan menariknya dengan sekuat hati

Peralatan yang digunakan oleh Syawaluddin untuk mendera Daffa Rafiqi.

Image via sijoripost.com

Suspek turut menyakiti kemaluan anak tirinya yang telah menyebabkan mangsa kejang. Seterusnya, suspek meletakkan bedak di kemaluan mangsa untuk menutup perbuatan jijik itu.

Pada hari kejadian, suspek memberitahu bahawa anaknya berada di klinik kesihatan kerana demam.

Namun begitu, doktor hairan dan curiga melihat mayat mangsa yang teruk dan terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Suspek yang telah bernikah dengan ibu mangsa padal awal Januari 2017 dikatakan cemburu dengan isterinya itu yang mula berhubung dengan bekas suaminya

Disebabkan cemburu, Syawaludin melepaskan kemarahan itu kepada anak tirinya.

Setelah disiasat, akhirnya suspek mengakui bahawa beliau melakukan perkara jijik terbabit. Suspek dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun seperti mana yang diputuskan oleh pihak mahkamah.

Daffa Rafiqi meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik kerana mengalami kekejangan. Perbuatan tidak berhati perut itu menyebabkan mangsa meninggal dunia kerana menahan sakit.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kes dera anak sebegini nampaknya semakin berleluasa:

You may be interested in: