Barber Expo Asia & Salon Expo 2024 Kini Kembali & Bakal Diadakan Di Pavilion Bukit Jalil
Jangan lupa hadir pada 18 hingga 19 September ini dan dapatkan tiket masuk anda!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peneraju penyokong komuniti tukang gunting rambut Malaysia, Retrobee Global Sdn Bhd dengan bangganya membawa kembali Barber Expo Asia & Salon Expo 2024 di Pusat Pameran, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 hingga 19 September ini
Acara yang ditaja oleh myBarber dengan kerjasama KS Academy itu bakal mengumpulkan pemimpin industri, profesional dan peminat dari seluruh Asia untuk meraikan, mendidik dan berinovasi dalam sektor gunting rambut dan salun.
Dalam pada itu, kali ini Barber Expo Asia & Salon Expo 2024 turut bakal menganjurkan beberapa acara termasuklah pertandingan yang boleh disertai oleh para peminat.
Antara acara utama expo ini adalah bengkel yang bakal menampilkan pendidik terkenal di peringat antarabangsa iaitu Pengarah Hwan, John OP, Abby Chen dan Alan Beak.
Peserta akan mendapat akses eksklusif kepada bengkel hands-on dan seminar disamping turut mendapatkan pandangan tentang trend terkini, teknik dan inovasi membentuk industri.
Tawar pengalaman tiada tandingan dan platform untuk rangkaian dalam sektor gunting rambut dan salun
Selain itu, Barber Expo & Salon Expo 2024 juga bakal mengadakan beberapa pertandingan iaitu Barberlympics 2024, World Barber Classic, Pertandingan Muvmen Shaggy Cut, Vossa Bob Cut; Pertandingan Mannequin dan Skull Republic Burst Face dengan Creative Top (Berkumpulan).
Barber Expo Asia & Salon Expo 2024 juga bakal menampilkan sejumlah 60 gerai yang mempamerkan alatan, produk dan perkhidmatan canggih disamping turut menawarkan peluang mengenali jenama dan inovasi baharu dalam meningkatkan perniagaan.
Peserta juga dapat membina hubungan baharu dalam expo tersebut susulan kehadiran rakan profesional, bakal pelanggan dan pengaruh industri dan persekitarannya yang direka untuk memupuk hubungan, perkongsian da kerjasama masa hadapan.
Barber Expo & Salon Expo 2024 juga menawarkan hiburan dan persembahan dari tukang gunting terkenal yang akan menonjolkan kesenian dan kemahiran di atas pentas dan acara ini bakal diakhiri dengan persembahan artis tempatan, Noh Salleh pada hari terakhir.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Barber Expo Asia & Salon Expo 2024 di Pusat Pameran, Pavilion Bukit Jalil pada 18 hingga 19 September nanti!
Selain menjadi platform dinamik yang memupuk pendidikan, penjenamaan dan rangkaian, ia juga meletakkan Malaysia sebagai hab pusat Asia untuk perhimpunan tahunan industri.
Para peserta juga boleh menghadiri bengkel, pertandingan dan pameran yang meraikan kreativiti dan inovasi dalam sektor gunting rambut dan salun.
Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan tiket anda sekarang di https://barbersalonexpo.asia/ atau walk-in sahaja pada hari acara berlangsung untuk dapatkan tiket masuk.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!