Bartech Beautee Perkenal Sistem ‘Bartech To AI’, Mudahkan Pengguna Analisis Wajah Secara Maya

Sistem itu membolehkan pelanggan mengimbas kulit wajah secara dalam talian melalui laman web rasmi mereka.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula daripada misi peribadi seorang ibu untuk memulihkan keyakinan diri anaknya, Bartech Beautee kini muncul sebagai jenama kecantikan tempatan yang kian melonjak naik

Jenama di bawah naungan Bartech Empire ini bukan sekadar menawarkan produk kosmetik, malah membawa mesej pemerkasaan wanita menerusi inovasi teknologi termaju.

Pengasasnya, Nurul Adlinna Mohammad Bakri, 39, mendedahkan inspirasi penghasilan produk ini tercetus apabila anak sulungnya menjadi mangsa ejekan rakan sekolah mengenai warna kulit.

Bimbang melihat anaknya yang mula mencari produk tidak selamat di media sosial, Adlinna mengambil inisiatif bekerjasama dengan ahli kimia untuk menghasilkan formulasi sendiri yang selamat dan berkesan.

SAYS.com
Image via Bartech Beautee

Inovasi 'Bartech to AI', analisis kulit di hujung jari

Mengikut arus pemodenan, Bartech Beautee bakal melancarkan aplikasi sistem Bartech to AI. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shaharuddin Karim, 44, sistem ini membolehkan pelanggan mengimbas kulit wajah secara dalam talian melalui laman web rasmi mereka.

"Sistem AI ini membantu pelanggan melakukan analisis kulit tanpa perlu ke pusat kecantikan. Ia lebih fleksibel, efektif, serta menjimatkan masa dan kos bagi membantu mereka mendapatkan produk yang tepat mengikut keperluan kulit masing-masing," jelas beliau.

Kualiti dan kredibiliti Bartech Beautee telah terbukti apabila jenama ini merangkul dua anugerah besar tahun ini:

  • Anugerah Bumiputera Bestbrands 2026 (Kategori Consumer Cosmetics).
  • Anugerah The BrandLaureate Bumiputera Brandleadership Award 2026 (Beauty & Cosmetics).

SAYS.com
Image via Bartech Beautee

Kini, selepas tular dan mendapat sambutan luar biasa di platform TikTok, Bartech Beautee dalam fasa akhir untuk menerima pengiktirafan sijil Halal JAKIM serta bersedia untuk menembusi pasaran Indonesia sebagai langkah pertama mengembangkan lagi bisnes ke Asia.

Tambah Adlinna lagi, Bartech Beautee adalah simbol kebangkitan wanita.

"Wanita hari ini mahukan produk yang memahami gaya hidup mereka. Kami mahu setiap pengguna bukan sahaja cantik secara luaran, malah merasa lebih berani dan yakin dengan kualiti produk yang kami hasilkan melalui penyelidikan teliti,"
kongsinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik