Baru 10 Tahun Dah Tendang Dan Ludah Perempuan, Rupa-Rupanya Ada Kisah Hitam Di Sebaliknya
Ada kemungkinan masalah Afif ini berpunca daripada rumah.
Anak adalah cermin dan pantulan daripada pelakuan ibu bapanya
Ibu bapa juga merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak maka tidak hairanlah jika mereka memberi pengaruh besar kepada anak-anak terutama yang masih kecil sama ada dari segi tingkah laku mahupun pertuturan.
Dalam hubungan ini, ibu bapa perlu sedar akan peranan besar mereka dalam mencorak kehidupan anak mereka dengan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Positif atau negatif pemikiran dan tingkah laku anak-anak bergantung kepada intonasi dan ekspresi wajah kedua-dua orang tua mereka. Dengan kata ringkas, tingkah laku anak-anak cerminan kepada tingkah laku ibu bapa mereka.
Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @pseudo_tazia telah berkongsikan satu thread tentang adik perempuannya yang dipukul seorang budak lelaki
Baca perkongsiannya di bawah:
Adik aku ini nama Alya. So kisah dia macam ini, ada seorang budak ini, nama Afif, minat kat adik aku.
Dia terkenal dengan baran dan terlalu ikutkan perasaan dia. Bukan itu sahaja, dia suka berlagak juga sebab dia ini top student.
Sebelum ini dia pernah dah tumbuk seorang pengawas ini (kawan perempuan Alya), sebab tegur attitude Si Afif ini. Aku rasa pengawas itu tak salah pun sebab dia cuma menjalankan tugas. Benda ini dah dilaporkan kat cikgu-cikgu sekolah. Mereka bagi amaran saja kat Afif sebab first time.
Mak pengawas and mak Alya pula, as orang yang prihatin dan mempunyai perikemanusiaan, cuba faham keadaan Afif yang kurang stabil lepas itu mereka maafkanlah kesalahan itu.
Tapi, hari itu, 6 Ogos, Si Afif itu buat hal lagi. Tadi, Alya sembang-sembang gurau lah dengan kawan pengawas dia itu, tak ada cakap apa-apa pun pasal Afif. Tapi tiba-tiba Si Afif ini perasan lebih orang tengah cakap pasal dia, pergi mengamuk lepas itu tarik rambut adik aku sampai tercabut rambut dia. Ganas!
Kawan adik aku itu pergi kat Alya cepat-cepat peluk dia untuk protect dia dari Afif. Afif ini tak puas hati lagi dia pergi tendang bertubi-tubi dari depan belakang semua lah lepas itu pergi ludah kat mereka berdua. Lepas itu bila cikgu panggil, Si Afif ini biadab pula.
Walaupun benda ini dah dilaporkan kat cikgu-cikgu, kami still sedih sebab pihak sekolah cuma bagi amaran lagi sekali saja kat Si Afif, without buat apa-apa tindakan or bagi hukuman kat Afif. Benda lagi sedih bila pihak sekolah cuba untuk sembunyikan kes ini daripada parents kami.
Padahal, kami pergi sekolah dah check profil Alya, memang terang-terang ada nombor telefon parents.
Bukan apa, masalahnya Afif dah banyak kali mengganas kat sekolah itu, tapi tak ada apa-apa tindakan sebab Si Afif itu cakap, “Kalau cikgu nak pindahkan saya ke sekolah lain, parents saya tak akan bagi walau apa-apa pun alasan.”
Aku cuma risaukan keselamatan adik aku. Semalam kena tumbuk, hari ini kena sepak dan ludah. Esok pula? Budak itu boleh mengganas lagi teruk.
Sekarang ini, adik aku tengah dalam keadaan trauma. Dia balik tadi cerita kat kami sambil nangis-nangis nak minta pindah sekolah.
Surat rasmi pun dh hantar kepada pihak-pihak berkenaan. Tapi still belum ada apa-apa tindakan. Ini bukti yang surat itu kami tulis kepada pengetua dan polis.
Aku post sebab tak puas hati saja ini. Saja nk cerita. Plus marah lah sebab budak lelaki ini pergi pukul perempuan. Lelaki macam ini tak layak kahwin kesian anak bini.
Toxic masculinity much.
So sekarang ini aku tengah nak cheer my sister up, bawa lah dia jalan-jalan sikit.
Hari ini, 7 Ogos, mak aku dah buat laporan polis dan kat sekolah. Mula-mula cikgu tak nak bagi cooperation, tapi sebab mak aku dengan mak kawan Alya ada, and mereka argue lah sebab urgent matter, baru sekolah ini nak bagi kerjasama.
So panggil lah budak-budak semua, nak tanya what really happened. Afif itu pun dipanggil. Tapi yang bagusnya, pihak polis @PDRMsia memang professional, mereka panggil pelajar-plajar itu dengan friendly and tak memalukan mereka semua. So yang saksi-saksi itu cerita, what happened semalam.
Now comes Afif’s story. Sebenarnya, memang Afif ini kemaruk cinta dengan adik aku. Siap ambil gambar lah, main piano and nyanyi untuk adik aku sampai post kat IG. Boleh kata; a wholesome guy lah sebab semua boleh buat.
Cuma satu masalah dia; Anger Management.
So Alya ini, memang tak lah nak bercinta-cinta and buang masa dengan budak hingusan. So Alya cubalah tak layan and nak buat Afif benci kat dia.
No fake hope whatsoever.
(Memang adik aku pro siak, aku umur itu tak reti cinta-cinta ini. Tapi adik aku cuba untuk tangani lah Si Afif ini).
Tapi agaknya Si Afif ini rasa diri perfect, dia tak boleh terima lah kena reject. Itu lah mengganas and tak chill.
Memang gelabah lah dibuatnya semua orang. Sepak meja kawan Alya lah, ludah kat orang-orang yang rapat dengan Alya. Kesian kat adik aku.
Afif ini juga ada masalah parents. Mak dia sangat baran. Dia boleh mengamuk gila over small things. Ayah dia pula PK Hal Ehwal Murid kat sekolah lain. Itu yang kami pelik, kenapa tak Si Afif ini pergi sekolah sekali dengan bapa dia? Rupa-rupanya ada kisah lain...
Anyway, masa discussion antara mak aku, mak kawan adik aku, guru-guru dan ayah Afif, ayah dia ada guts nak cakap pasal Islam, kata penganut Islam kena belajar memaafkan orang lain, as if dia tak nak own the mistake his son did.
Mak aku katalah, kalau dia tak maafkan Si Afif itu, memang dia takkan open to discussion and negotiations. Tapi sebab maafkanlah dia nak cakap elok-elok dengan Si Ayah. Lepas itu mak aku kata kat aku, "Jangan pula balik ini Si Ayah sebat terajang Si Afif. Lagi the hatred will grow and worsen the situation."
Lepas itu ayah dia kata, “Walau apa-apa pun tindakan, saya tidak akan pindahkan Afif ke sekolah mana-mana pun.”
Geram aku. Dah lah anak kau salah, lepas itu tak nak bagi kerjasama pula itu.
Lepas itu cikgu mereka kata, "Pihak sekolah akan pantau Si Afif." Mak aku kata lah, “Habis, bila benda dah jadi, baru nak take action? Contohnya, kalau nampak crack kat dinding bukit, nak biar je? Bila dah ada tanah runtuh, baru terhegeh-hegeh nak ‘betulkan’ keadaan."
Pastu mak aku kata, kalau tak nak bagi kerjasama, fine. Dia akan buat report polis and highlight kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Kalau ada apa-apa lagi berlaku yang melibatkan Si Afif ini, memang bapa dia dan sekolah bertanggungjawab.
Lepas itu ayah dia dah start perli and buat muka kurang ajar. Katanya, “Dah tu, kalau report, saya lah yang kena?”
Soalan apa bodoh macam itu? Dah kau penjaga dia, BAPA dia, mesti lah kau bertanggungjawab.
Lepas itu cikgu mereka kata, nak pindahkan Afif ke kelas lain.
Mak aku kata lah, "Kesian Afif itu juga. Kalau pindah kelas, mesti satu sekolah berkata-kata dan malukan dia. He’s a smart kid, and has potential to succeed in life. Apa kata pindah sekolah, start a new chapter, help him grow.”
Sampai aku pun kesian kat Si Afif ini. Dia cuma mangsa keadaan, parents dia abusive, pastu kena reject cinta dia. Cuma that doesn’t give you any reason to HIT A GIRL! LAGI-LAGI CRUSH! Macam itu ke kau nak menang hati adik aku and family dia? Kalau dia date adik aku, tak ke Alya didera.
Rupa-rupanya ada lagi side story. Bila bincang pasal nak pindahkan Afif ke sekolah bapa dia, ada seorang guru/pegawai JPN yang ada kat situ, terlepas cakap. Cikgu-cikgu yang lain was like, “Ouh case itu.”
Apparently memang ada masalah bapa dengan mak Afif. Mak Afif tak bagi ayah dia dekat dengan Afif.
For what reason, kami tak tahu sebab cikgu-cikgu itu cuba nak elak topic itu.
But from their reaction, memang ada history buruk lah, yang buat Si Ayah itu tak boleh dekat sama sekolah dengan Afif. Reason? Wallahualam.
Sekarang ini just tengah tunggu respond daripada polis dan JPN. Harap-harap mereka ambil tindakan yang sewajarnya sebab pihak sekolah tak ada balls take any action kat bapa Afif itu.
Cuma aku nak seru:
1) Semua parents, educate your children properly dan penuh kasih sayang. Jangan lah terapkan keganasan dalam budak-budak.
2) Jangan lah kita kemaruk cinta sampai buat benda-benda yang bodoh. Ingat, jodoh di tangan Allah. If she’s not meant to be yours, then selama-lamanya kau takkan dapat.
3) Kita kena empathy kat semua pihak. Jangan sebab anak sendiri, semua dibetulkan. Cuba bersikap adil, macam mak aku and bukanlah Si Bapa Afif itu.
4) Benda-benda buruk kena tangani cepat. Ye lah, sekolah melayu, semua diambil mudah. Mindset “Ala takpe lah, semua okay je tu”. This is wrong!
Aku bukan nak niat nak malukan mana-mana pihak, but I think this should be highlighted to everyone supaya takkan berlaku lagi in the future.
And someone please educate this toxic father.